Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RLAF lancar kempen kumpul dana bagi bantu 5,000 keluarga memerlukan

Anggaran Waktu Membaca:
RLAF lancar kempen kumpul dana bagi bantu 5,000 keluarga memerlukan

Projek Rahmatan Lil Alamin 2025. (Gambar: RLA Foundation Singapore/Facebook)

SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) melancarkan kempen bagi mengumpul $300,000 untuk menyokong sehingga 5,000 isi rumah dengan baucar pasar raya bernilai $60 serta menghulurkan bantuan bagi keperluan asas.

Berlangsung dari 9 Mei hingga 30 Ogos ini, inisiatif tersebut juga diadakan sempena tahun ke-60 Singapura dengan 'Rahmatan Lil Alamin 2025' (Blessings to All 2025), iaitu inisiatif seluruh negara yang mencerminkan nilai-nilai bersama tentang penjagaan dan kemurahan hati.

Kempen tersebut juga diadakan dengan tujuan menyatukan masyarakat dalam menyokong keluarga yang memerlukan, serta mencerminkan belas kasihan dan sifat inklusif negara ini.

'Rahmatan Lil Alamin' (Blessings to All) turut menunjukkan kuasa kerjasama masyarakat, dengan menyatukan rakan kongsi utama termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), One Mosque Sector, PA MESRA, Harmony Circles, dan Care Corner, tambahnya.

"'Rahamatan Lil Alamin' mewujudkan peluang bagi hubungan yang bermakna merentasi masyarakat.

"Dengan menyatukan sukarelawan dan penerima manfaat dari latar belakang yang berbeza, RLAF berharap untuk memupuk pemahaman bersama dan empati.

"Interaksi ini menjangkaui bantuan barangan - ia membina jambatan antara masyarakat, mengukuhkan fabrik sosial kita, dan mewujudkan sifat murah hati yang memperkaya semua pihak yang terlibat.

CARA MENDERMA

Orang ramai boleh membuat sumbangan mereka bagi baucar 'Rahmatan Lil Alamin' melalui saluran berikut:

a. PayNow – masukkan UEN RLAF 200910530Z dan nyatakan 'BTA2025' di bahagian catatan

b. GivePlease – kunjungi https://tinyurl.com/RLAFBTA2025

c. Giving.sg – kempen di https://tinyurl.com/BTARLAF2025

d. Pemindahan antara bank melalui RLAF (Rahmatan lil Alamin Foundation) – pindah ke 'Current Account' OCBC di nombor akaun: 629-06915400-1, atau

e. Keluarkan cek yang boleh dibayar kepada RAHMATAN LIL ALAMIN FOUNDATION LTD. Nyatakan di belakang cek: nama penderma, nombor hubungan dan nyatakan "BTA2025". Hantarkan cek anda melalui pos kepada RLAF

8. Bagi maklumat lanjut, anda boleh layari https://rlafoundation.org.sg/.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan