Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RLAF kutip dana sokong bantuan kemanusiaan bagi penduduk Gaza

Mulai 22 hingga 30 Mei, orang ramai boleh hulur derma secara online untuk bantu warga Palestin di Gaza.

Anggaran Waktu Membaca:
RLAF kutip dana sokong bantuan kemanusiaan bagi penduduk Gaza

Seorang kanak-kanak di pusat perlindungan kendalian UNRWA di Carikan Gaza (Gambar ihsan: UNRWA)

SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sedang mengumpul dana untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Carikan Gaza.

Dalam kenyataan medianya pada Khamis (20 Mei), RLAF mengumumkan usaha tersebut - yang akan dianjurkan bersama dengan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) - akan dijalankan secara online dari Sabtu, 22 Mei hingga 30 Mei.

Konflik berdarah antara Israel dengan Palestin memuncak baru-baru ini dengan keganasan di kedua-dua pihak pada Khamis masuk hari ke-11 berturut-turut.

Sejak pertempuran tercetus pada 10 Mei, pihak berkuasa Palestin mengumumkan lebih 228 rakyatnya terbunuh dalam serangan udara Israel yang mengeruhkan lagi keadaan di Gaza.

Israel pula melaporkan angka korban yang mencecah 12 mangsa akibat bedilan-bedilan roket.

Pada Khamis, RLAF menyatakan Gaza menyaksikan "kecederaan tragis, kehilangan nyawa dan pemusnahan prasarana fizikal".

"Tekanan psikososial yang tinggi, terutama dalam kalangan kanak-kanak, kini menjadi lebih buruk," tulis pertubuhan tersebut.

"Setakat ini, 1.9 juta warga Palestin yang tinggal di Gaza - 70 peratus daripada mereka adalah pelarian Palestin yang berdaftar - memerlukan bantuan kemanusiaan dari UNRWA dengan segera," tambah RLAF.

"Setakat ini, lebih 56,000 warga Palestin di Gaza kehilangan tempat tinggal."

Penularan pandemik COVID-19 turut memburukkan lagi keadaan, tambah RLAF, dengan pelarian-pelarian Palestin terpaksa mencari perlindungan di tempat-tempat "dengan akses terbatas kepada bekalan air, makanan, alat kebersihan dan khidmat kesihatan".

Lantaran itu, RLAF dengan kerjasama UNRWA akan mengadakan kutipan derma untuk menyumbang bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Orang ramai boleh menyumbang derma menerusi wadah-wadah berikut:

  • PayNow – masukkan UEN RLAF: 200910530ZCHQ dan tulis 'Gaza' di bahagian 'remarks'.
  • Giving.SG – www.tinyurl.com/aidforgaza (pautan hanya aktif mulai 22 Mei 2021, 12.00 tengah malam)
  • Muslim.SG – RLAF - Humanitarian Aid for Gaza
  • Pemindahan dana antara bank menerusi RLAF (Rahmatan Lil Alamin Foundation) – Salurkan dana ke
  • OCBC Current Account nombor: 601313315001
  • Menulis cek kepada ‘RLAF’. Tuliskan nama dan nombor telefon penderma di belakang cek dan tulis "Gaza". Cek boleh dikirimkan melalui pos ke: RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740) atau ke MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapura 579702)

"Sumbangan derma akan disalurkan menerusi UNRWA yang beroperasi secara aktif untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada para mangsa dan keluarga," menurut RLAF.

"Ingatan kami ditujukan kepada para mangsa krisis kemanusiaan ini dan anggota keluarga mereka." 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan