Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RLAF kutip dana keempat bagi Gaza dengan kerjasama UNICEF, Bulan Sabit Merah Mesir & Humanity Matters

Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) akan melancarkan pengumpulan dana untuk membantu mereka yang terjejas akibat perang Gaza.

Anggaran Waktu Membaca:
RLAF kutip dana keempat bagi Gaza dengan kerjasama UNICEF, Bulan Sabit Merah Mesir & Humanity Matters

Seorang kanak-kanak lelaki berdiri di atas runtuhan bangunan yang musnah akibat perang. (Gambar: AFP/Eyad Baba)

Diterbitkan : 24 Feb 2025 09:35PM Dikemas Kini : 25 Feb 2025 09:38AM
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) akan melancarkan pengumpulan dana untuk membantu mereka yang terjejas akibat perang Gaza.

Ini dijalankan sebagai kerjasama dengan Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) dan persatuan amal tempatan, Humanity Matters.

Inisiatif ini juga dijalankan bersama M³@Bandar sebagai sebahagian daripada inisiatif masyarakat SG60.

Pengumpulan dana RLAF yang keempat ini akan bermula pada Isnin (24 Feb) dan berakhir pada 6 April nanti.

Mereka yang ingin menderma boleh melakukannya melalui PayNow, pemindahan wang secara online dan sebuah kempen Giving.sg.

Semua masjid di Singapura juga akan mengambil bahagian dengan menyediakan kotak-kotak derma, bermula 7 Mac ini, selama seminggu.

M³@Bandar juga akan menganjurkan aktiviti-aktiviti pengumpulan dana seperti pembahagian bubur dan mengadakan bazar Ramadan.


Dana yang terkumpul akan digunakan untuk memberikan bantuan makanan, perubatan dan peralatan sekolah.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan