Skip to main content

Singapura

RLAF kumpul lebih S$2.4 juta dalam kempen terbaharu bagi bantuan kemanusiaan Gaza

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Jun 2025 08:10PM Dikemas Kini : 27 Jun 2025 11:38PM
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) berjaya mengumpulkan dana lebih S$2.4 juta bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam kempen terbaharunya.

Jumlah tersebut terkumpul dalam tempoh kurang tiga bulan, dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Bulan Sabit Merah Mesir dan pertubuhan tempatan Humanity Matters.

Sumbangan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, air bersih dan bekalan perubatan kepada penduduk Gaza yang terjejas.

Kesemua dana akan disalurkan menerusi rakan kongsi yang dipercayai, termasuk UNICEF.

RLAF berjaya mengumpul dana lebih S$15 juta bagi membantu Gaza sejak November 2023.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim berkata: "Krisis kemanusiaan di Gaza memberi kesan mendalam kepada ramai rakyat Singapura.

"Penyerahan cek hari ini mencerminkan hasrat mendalam kita untuk membantu mangsa-mangsa konflik di Gaza.

"Saya ingin menjamin kepada semua bahawa pemerintah dan kita masyarakat Singapura sentiasa komited untuk menyumbang kepada mangsa-mangsa di Gaza dan kami sedang memikirkan aspek-aspek yang boleh dilakukan dan kami akan berkongsi dengan anda apabila ia siap nanti."
Sumber : CNA/NY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita