RLAF kumpul lagi S$2.6 juta bagi bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) berjaya mengumpul sebanyak S$$2,608,717 bagi bantuan kemanusiaan untuk Gaza dalam kempen terbaharunya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) berjaya mengumpul sebanyak S$$2,608,717 bagi bantuan kemanusiaan untuk Gaza dalam kempen terbaharunya.
Usaha pengumpulan dana itu diadakan sejak 18 September lalu hingga 13 Disember ini.
Ia dijalankan dengan kerjasama Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Pertubuhan Amal Hashemite Jordan (JHCO) dan Humanity Matters.
"Kami amat berterima kasih dengan sokongan di luar jangkaan daripada para penderma, relawan dan rakan-rakan kerja. Dengan beberapa inisiatif baharu termasuk kutipan dana dan membungkus barang-barang bantuan yang mendapat sokongan luar biasa. Saya amat teruja melihat ratusan relawan dari segenap lapisan masyarakat datang bersama, menyumbang waktu dan tenaga bagi menyokong mereka yang memerlukan," kata Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Adnan Abdul Hamid.
Pada 17 November lalu misalnya, seramai 300 relawan meluangkan waktu untuk ke merata Singapura bagi mengutip derma dan berjaya mengumpul sebanyak S$57,000.
Pada 1 Disember pula, lebih 300 relawan menyingsing lengan untuk membungkus lebih 20 tan bekalan penting termasuk makanan dan produk-produk jagaan kesihatan serta sanitasi.
Seterusnya, bagi penghantaran bekalan bantuan tersebut melalui laluan darat ke Gaza pada Januari depan, RLAF akan bekerjasama dengan Humanity Matters.
Menurut badan itu, usaha kolektif rakyat Singapura dalam menjayakan usaha murni itu menunjukkan semangat perpaduan dalam menangani krisis kemanusiaan.
Sumbangan yang berjaya dikumpulkan itu akan diagihkan menerusi rakan kongsi RLAF - UNICEF, JHCO dan HM. Ini bagi memastikan bantuan penting dapat dihulurkan kepada para penduduk Gaza yang terjejas.
Sebelum ini, RLAF sudah menyampaikan S$700,000 kepada UNICEF pada 1 November, termasuk S$200,000 daripada Kementerian Ehwal Luar Negara.
Jumlah terkumpul sebanyak lebih $2 juta itu belum diaudit.
Bagi memenuhi syarat-syarat, dana yang terkumpul akan diaudit dan laporan audit akan dihantar ke Pesuruhjaya Pertubuhan-pertubuhan Amal untuk memastikan ketelusan, pentadbiran yang baik dan kebertanggungjawapan.
MENTERI MASAGOS PUJI USAHA MASYARAKAT - CERMINKAN SIKAP RAHMAH
Dalam pada itu, Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli berbesar hati melihat sokongan yang diberikan masyarakat dalam menyokong kempen pengumpulan dana RLAF.
Dalam catatan di Facebook pada Jumaat (20 Dis), Encik Masagos berkata ini mencerminkan sikap rahmah dan kekuatan masyarakat, berdiri sebagai satu masyarakat yang bersatu padu dalam menyokong kempen bantuan kemanusiaan rentas sempadan dan kepercayaan.
"Dari 18 September hingga 13 Disember 2024, rakyat Singapura daripada pelbagai kaum dan agama bersatu hati, untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan bagi mereka yang menderita. Kempen mengumpul dana seperti Harmony-in-action, Marsiling-Yew Tee Gives, Konsert Suara Utara Rock untuk Rakyat anjuran Kelab Masyarakat Woodlands serta sokongan masjid-masjid serata Singapura dan penderma persendirian telah memainkan peranan penting dalam usaha mengumpul dana RLAF," tulis Encik Masagos.
Selain itu, Encik Masagos turut melahirkan penghargaannya kepada semua yang telah menyumbang kepada usaha murni itu termasuk para sukarelawan.
"Saya amat berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang - sama ada melalui derma atau dengan menjadi sukarelawan membantu dalam pungutan derma awam dan membungkus bekalan penting. Sokongan anda dan sikap tidak mementingkan diri jelas terpancar, dan saya memuji setiap seorang daripada anda yang memainkan peranan," kata Encik Masagos.
Beliau turut menekankan komitmen negara untuk membantu mangsa perang di Gaza.
"Singapura terus komited untuk melakukan lebih banyak lagi, bekerja rapat dengan rakan-rakan kongsi antarabangsa kita untuk terus menyampaikan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan kepada mereka yang terjejas oleh krisis kemanusiaan di Gaza. Bersama-sama, kita meringankan kesusahan mereka yang sedang menderita akibat krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza dan menawarkan sinar harapan," kata Encik Masagos.
Setakat September 2024, Singapura sudah menyumbang S$17 juta untuk bantuan kemanusiaan di Gaza sejak konflik meletus 7 Oktober 2023.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.