RLAF kumpul dana bantu mangsa gempa bumi di Maghribi mulai 14 Sep
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) akan mengumpul dana secara online dari Khamis (14 Sep) hingga Rabu (27 Sep) bagi menyokong keperluan segera masyarakat yang terjejas akibat gempa bumi kuat di Maghribi.
Keperluan ini termasuk usaha pemindahan, bantuan kecemasan, usaha membawa mangsa ke hospital, sokongan psikologi dan jagaan kesihatan.
Kesemua masjid di merata Singapura juga akan turut serta dalam pengumpulan dana tersebut menerusi kotak-kotak derma mulai 3.00 petang pada Jumaat (15 Sep).
Kotak-kotak derma di masjid akan ditandakan dengan label "Morocco Earthquake Appeal" dan akan disediakan selama seminggu, sehingga Jumaat seterusnya pada 22 September.
Usaha itu dijalankan dengan kerjasama Palang Merah Singapura.
CARA MENDERMA
Bagi sumbangan online, orang ramai boleh menggunakan kaedah-kaedah berikut:
- PayNow – dengan UEN RLAF: 200910530ZRLA dan catatkan 'MOROCCOEARTHQUAKE'
- Giving.SG – kempen di laman giving.sg/rlafoundationsg/MoroccoEarthquake2023
- Pemindahan wang antara bank melalui RLAF ke 'OCBC Current Account' di nombor akaun: 601313315001
- Kirimkan derma melalui cek kepada ‘RLAF’ serta tuliskan di bahagian belakang cek: nama penderma, nombor telefon dan catatkan “Morocco Earthquake 2023”. Hantarkan cek anda ke RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau ke MUIS (No. 273
Braddell Road, Singapore 579702)
Dana terkumpul akan disalurkan menerusi Palang Merah Singapura yang bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Palang Merah di lapangan, termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah Maghribi (MRCS) dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) untuk menghantar bantuan tersebut kepada masyarakat-masyarakat yang terjejas.
Gempa bumi paling membawa maut di Maghribi sejak 1960 itu menggegar negara tersebut pada lewat Jumaat (8 Sep). Ia meragut lebih 2,800 nyawa dan mencederakan lebih 2,500 orang.
Berukuran 6.8 pada skala Richter, ia turut menjejas lebih 300,000 orang di Marrakesh dan di pergunungan High Atlas.

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.