Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RLAF kumpul dana bantu keperluan mendesak mangsa banjir di Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
RLAF kumpul dana bantu keperluan mendesak mangsa banjir di Pakistan

(Gambar: AFP/Shahid Saeed MIRZA)

Diterbitkan : 31 Aug 2022 07:21PM Dikemas Kini : 31 Aug 2022 09:22PM
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) menjalankan usaha mengumpul dana bagi menyokong keperluan segera masyarakat yang terjejas dengan krisis banjir berterusan di Pakistan.

Usaha itu dijalankan dengan kerjasama Palang Merah Singapura.

Keperluan itu termasuk makanan, tempat perlindungan kecemasan, air, huraian sanitasi dan barangan kebersihan diri.

Usaha mengumpul dana selama dua minggu yang diadakan secara online itu bermula hari ini (31 Ogos) sehingga Rabu (14 September).

Orang ramai boleh membuat sumbangan mereka menerusi kaedah-kaedah berikut:

- PayNow – dengan UEN RLAF: 200910530ZRLA dan catatkan 'Pakistan Floods'

- Giving.SG – kempen di laman giving.sg/rlafoundationsg/pakistanfloods

- Pemindahan wang menerusi bank ke 'OCBC Current Account' di nombor akaun: 601313315001

-Kirimkan derma melalui cek kepada ‘RLAF’ serta tuliskan di bahagian belakang cek: nama penderma, nombor telefon dan catatkan “Pakistan Floods”. Hantarkan cek anda ke RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau ke MUIS (No. 273
Braddell Road, Singapore 579702)

Dana terkumpul akan disalurkan menerusi Palang Merah Singapura yang bekerjasama dengan rakan-rakan Bulan Sabit Merah Palang Merah di lapangan termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan (PRCS) dan Persekutuan Palang Merah Antarabangsa serta Persatuan Bulan Sabit Merah (IFRC) untuk menghantar bantuan tersebut kepada masyarakat-masyarakat yang terjejas.

Banjir paling dahsyat di Pakistan sejak 2010 itu telah meragut lebih 1,100 nyawa dan mengakibatkan lebih 1,600 cedera.

33 juta orang atau kira-kira 15 peratus daripada 220 juta penduduk negara itu terjejas.

Bencana itu telah memusnahkan atau merosakkan lebih sejuta rumah, menghanyutkan jambatan dan jalan raya serta memusnahkan ladang ternakan dan tanam-tanaman.
Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan