RLAF capai sasaran, sudah kumpul lebih $2j buat Gaza; hargai usaha masyarakat termasuk inisiatif beriani amal penduduk Marsiling-Yew Tee
Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sudahpun berjaya mengumpul sebanyak S$2,535,753 setakat 12 tengah hari pada Jumaat (6 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sudahpun berjaya mengumpul sebanyak S$2,535,753 setakat 12 tengah hari pada Jumaat (6 Dis).
Ini bermakna RLAF sudahpun berjaya mencapai sasaran bagi pusingan pengumpulan dananya yang berlangsung dari 18 September hingga 13 Disember ini.
"Kami berjaya mencapai sasaran kami iaitu S$1 juta. Ini menunjukkan sokongan padu dan keprihatinan para masyarakat di Singapura atas kempen bantuan kemanusiaan di Gaza. Kami amat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan dan dana yang diberikan," kata Pengurus bahagian Hal Ehwal Korporat, RLAF, Cik Norlinda Osman.
Orang ramai boleh terus menyumbang kepada usaha pengumpulan dana RLAF hingga Jumaat (13 Dis).

USAHA BERIANI AMAL PENDUDUK MARSILING-YEW TEE
Antara yang menyumbang kepada usaha RLAF itu adalah inisiatif penduduk Marsiling dan Yew Tee yang telah mengadakan projek beriani amal untuk membantu mangsa perang di Gaza.
Mereka berjaya mengumpulkan sebanyak S$600,478 hasil sumbangan lebih 1,000 penderma kepada inisiatif itu yang dilancarkan pada 14 November lalu.

Semasa majlis penutup kempen yang diadakan pada Jumaat (6 Dis), para penasihat GRC Marsiling-Yew Tee, Zaqy Mohamad, Alex Yam dan Hany Soh telah menyampaikan cek sumbangan itu kepada wakil RLAF.
Para penasihat juga turut menyampaikan penghargaan mereka kepada para penduduk serta badan-badan akar umbi dan masjid yang telah menyokong inisiatif tersebut sepanjang sebulan.
Encik Zaqy yang juga Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia merangkap Pertahanan turut menzahirkan penghargaannya atas sokongan yang dihulurkan oleh golongan peniaga dan badan-badan korporat.
"Ini adalah satu cara bagi kami menunjukkan bagaimana masyarakat di Marsiling-Yew Tee dapat menunjukkan belas kasihan kami walaupun kami jauh daripada Gaza. Semoga usaha kecil ini bukan saja memberi kelegaan sementara tetapi juga menjadi simbol perpaduan dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah bagi mereka. Dengan semangat keprihatinan ini kita menunjukkan kepada dunia bahawa kebaikan dan juga empati daripada masyarakat Marsiling-Yew Tee tidak mengenal sempadan," kata Encik Zaqy kepada BERITA Mediacorp.

Majlis yang diadakan di dewan serbaguna Blok 669A Choa Chu Kang Crescent itu dihadiri sekitar 700 tetamu.
Majlis itu turut meraikan wakil-wakil dan penerima bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan berbilang agama termasuk dari Kuil Sri Arasakesari Sivan, Masjid Alkhair, Masjid An-Nur, Masjid Al-Firdaus dan rakan kerja masyarakat Sparkle Care.
Dengan ini, lebih S$708,997 sudahpun dikumpulkan masyarakat Marsiling-Yew Tee buat membantu mangsa perang di Gaza sejak 7 Oktober lalu.
Encik Zaqy juga berkongsi dengan BERITA Mediacorp bahawa lagi sebuah kempen pengumpulan dana akan diadakan pada bulan Ramadan nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.