RLAF adakan kutipan dana bagi golongan kurang upaya dan penjaga mulai esok
Anggaran Waktu Membaca:
Logo Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF). (Gambar: Rahmatan Lil Alamin/ Facebook)
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLF) akan megadakan kutipan dana menerusi pelbagai platform bermula Jumaat, 13 Jun, sehingga Khamis, 13 Julai, untuk membantu pertubuhan-pertubuhan yang menawarkan perkhidmatan dan sokongan kepada golongan PWD dan penjaga.>>
SINGAPURA: Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLF) dengan kerjasama Cabaran Presiden, akan menganjurkan kutipan dana untuk membantu orang kurang upaya (PWD) dan para penjaga mereka.
Kutipan dana tersebut merupakan sebahagian daripada Hari Rahmatan Lil Alamin atau Hari RLF, iaitu
satu acara peringatan tahunan yang menonjolkan usaha masyarakat Islam Singapura dalam menyebarkan sifat Rahmatan Lil Alamin (menyebarkan kesejahteraan kepada semua).
HARI RLA 2023: BANTUAN BERTERUSAN BAGI GOLONGAN PWD
Tahun ini, Hari RLA terus mendapatkan sokongan bagi golongan PWD di Singapura serta penjaga mereka menerusi beberapa usaha.
Ini termasuk meningkatkan kesedaran tentang cabaran yang dihadapi golongan PWD dan penjaga mereka yang berdedikasi, memupuk empati dan persefahaman.
Selain itu, RLF membina hubungan kukuh antara pertubuhan-pertubuhan yang menyokong golongan PWD, penjaga, dan anggota masyarakat, mempromosikan interaksi dan kerjasama yang bermanfaat antara sukarelawan dan penerima bantuan.
RLF juga memberi penghargaan kepada penyumbang kepada kempen pengumpulan dana dengan kerjasama Cabaran Presiden yang dihormati, dan memeprkasakan pertubuhan-pertubhan yang menawarkan perkhidmatan penting serta sokongan padu kepada golongan PWD dan penjaga.
Rentak perubahan ekonomi dan teknologi yang cepat sejak beberapa tahun kebelakangan ini mencetuskan gangguan dan perubahan yang tidak dapat disangkakan.
Kesan daripada perubahan tersebut lebih ketara dan menjejas golongan PWD, termasuk keupayaan mereka hidup bersendirian dan peluang untuk mendapatkan pekerjaan serta menyertai masyarakat sepenuhnya.
Tambahan lagi, sedang isi rumah semakin kecil dan beban penjagaan dikongsi antara jumlah lebih kecil penjaga, lebih ramai keluarga mungkin berdepan kesukaran untuk mencari bantuan dan jagaan buat keluarga mereka.
Berdasarkan laporan oleh Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Nasional (NVPC), jumlah golongan penjaga di Singapura dianggarkan sebanyak 210,00 dan akan meningkat pada masa hadapan.
Selain itu, dengan 70 peratus daripada penjaga di Singapura berusia lebih dari 40 tahun, dan 10 peratus berusia antara 60 dengan 69 tahun, terdapat keperluan untuk menawarkan bantuan sedang masyarakat menua dan saiz keluarga semakin kecil.
TEMPOH PENGUMPULAN DANA RLAF
RLAF akan mengadakan kutipan dana menerusi pelbagai platform bermula Jumaat, 23 Jun, sehingga Khamis, 13 Julai, untuk membantu pertubuhan-pertubuhan yang menawarkan perkhidmatan dan sokongan kepada golongan PWD dan penjaga.
Orang awam boleh menyumbang menerusi:
Paynow - anda perlu memasukkan UEN RLAF: 200910530Z dan sertakan 'RLA Day 2023' di bawah ruang yang disediakan (Rujuk kepada Annex A bagi Kod QR)
Giving.SG – kempen di https://www.givingsg/rlafoundation/rladay2023
Pemindahan bank melalui RLAF (Rahmatan Lil Alamin Foundation) – pindahkan wang ke nombor akaun OCBC Akaun Kini: 629069154001
Cek dibayar ke 'RLAF'. Nyatakan di belakang cek: nama penderma, NRIC/UEN (bagi derma boleh dipotong dari cukai) nombor telefon dan tulis "RLA Day 2023". Kirimkan cek ke RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapore 579702).
Di samping itu, kesemua masjid di Singapura akan menyertai kutipan dana ini melalui kotak derma pada Jumaat 23 Jun 2023. Orang awam boleh menyumbang menerusi kotak-kotak tersebut yang akan ditandakan dengan logo Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dan tanda kutipan dana bagi golongan PWD dan penjaga.
Kesemua derma yang dikumpulkan akan disalrkan melalui Cabaran Presiden, sebuha gerakan dikendalikan oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan, sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Khidmat Sosial Majlis Kebangsaan.
ANNEX A
KOD QR BAGI PAYNOW
Nota: Akan harus memasukkan UEN RLAF:200910530Z dan nyatakan 'RLA Day 2023' di ruang yang disediakan.

Untuk menderma, log masuk ke aplikasi digital perbankan dan imbas gambar kod QR di bawah fungsi Imbas dan Bayar aplikasi tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.