RKM himpunkan keluarga bagi iftar tahunan, jadikan Ramadan bulan pupuk disiplin, keyakinan penghuni
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bagi 'Adam' (bukan nama sebenar), 12 tahun, pengalaman berpuasa buat kali pertama tahun ini bukan sesuatu yang mudah.
“Susah kerana saya harus menahan lapar dan dahaga, terutama sekali melihat orang lain makan dan minum di sekolah,” katanya.
Namun, buat penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) itu, berpuasa bukan sahaja memahami erti menahan lapar dan dahaga.

Bulan mulia itu juga membuatkannya lebih banyak berfikir tentang kehidupannya kini.
“Perasaan saya bercampur aduk. Kadangkala saya gembira, saya juga rasa sedih. Kadang-kadang saya teringat ibu bapa yang sudah meninggal dunia,” ujarnya.
Pihak RKM menyatakan ibu 'Adam' telah meninggal dunia empat tahun lalu.
'Adam' pula baharu menjadi penghuni rumah kebajikan itu sejak bulan lalu.
Di sebalik kesedihan itu, Adam berkata Ramadan mengajarnya untuk lebih tabah dan menghargai apa yang masih dimilikinya.
Ini termasuk sokongan rakan-rakan dan kakitangan di RKM yang membimbingnya sepanjang bulan ini.
“Kawan saya akan bantu untuk kejut sahur dan kami saling ingat-mengingati untuk bertahan berpuasa. Para kakitangan MWH mengingatkan kita tentang Ramadan, apa yang kita boleh buat dan tidak boleh. Berpuasa boleh mengajar kita untuk menahan diri daripada melakukan perkara yang salah," ujar 'Adam'.
Ketua RKM, Rahmatunnisa Abdul Majeed berkata: "Kami mengadakan bengkel dan sesi perkongsian bersama anak-anak supaya mereka boleh bertanya dan memahami tentang makna puasa, bulan Ramadan dan hikmah di sebalik ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan."

RAMADAN SEBAGAI RUANG PEMBELAJARAN DAN PEMBENTUKAN DIRI
Daripada 48 penghuni di RKM, seramai 18 kanak-kanak lelaki seperti 'Adam' berpuasa di rumah kebajikan itu buat pertama kali tahun ini.
Bagi kebanyakan mereka yang datang daripada latar belakang keluarga yang mencabar dan kompleks, Ramadan bukan sekadar satu ibadah.
Bahkan, ia merupakan satu perjalanan membina disiplin, ketahanan diri dan keyakinan.
Bagi menyemarakkan lagi semangat Ramadan, rumah kebajikan itu mengadakan majlis iftar bersama keluarga pada Jumaat (20 Feb).
Bertemakan "Menuju Ramadan, Penuh Harapan", majlis itu menghimpunkan para penghuni, keluarga, kakitangan dan rakan masyarakat dalam suasana penuh makna.
Cik Rahmatunnisa berkata: "Majlis ini penting dan penuh bermakna kerana ia menyemarakkan semangat Ramadan, mengeratkan ukhwah antara anak-anak, keluarga dan masyarakat, serta menghidupkan sunnah berbuka puasa bersama."
Tetamu kehormat majlis itu, Menteri Negara Ehwal Luar merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga, Zhulkarnain Abdul Rahim menyifatkan Ramadan sebagai masa untuk bermuhasabah dan memperbaharui semangat.

Encik Zhulkarnain berkata dalam ucapannya: "Berbuka puasa bukan sekadar berkongsi makanan, tetapi tentang mengukuhkan ikatan yang menghubungkan kita, menyemai harapan dalam hati dan mengingatkan kita tentang tanggungjawab bersama untuk saling menjaga antara satu sama lain."
"Kita diingatkan tentang nilai-nilai yang mengikat kita sebagai sebuah masyarakat – belas ihsan, kemurahan hati dan harapan. Nilai-nilai inilah yang menjadi panduan dalam usaha kita menyokong kanak-kanak dan belia yang memerlukan. Sepertimana kita berkongsi rezeki pada malam ini, kita juga harus terus berkongsi sumber, masa dan keprihatinan kita dengan mereka yang memerlukan sokongan," ujar beliau lagi.
Beliau turut berpesan kepada para penghuni RKM tentang kekuatan dan potensi mereka sendiri.
Encik Zhulkarnain berkata: "Apa yang paling penting bukanlah di mana kamu pernah berada sekarang, tetapi kesediaan kamu untuk belajar dan membuat pilihan yang positif — selangkah demi selangkah. Kamu disokong oleh individu-individu yang percaya kepada diri kamu dan komited untuk membantu kamu berjaya."
"Disiplin yang kamu pelajari melalui ibadah puasa, kesabaran yang kamu pupuk melalui solat, serta empati yang kamu semai melalui renungan diri – semua sifat ini akan menjadi kekuatan yang membimbing kamu sepanjang hayat."

Walaupun baru beberapa hari memasuki bulan Ramadan, perubahan positif sudah mula kelihatan dalam diri para penghuni RKM.
“Ramadan baharu bermula, tetapi kami sudah nampak semangat dan minat mereka untuk belajar tentang bulan Ramadan dan ibadah-ibadah sepanjang bulan Ramadan. Nampaknya mereka lebih tenang dan lebih peka terhadap apa yang mereka perlu buat dalam bulan mulia ini."
"Kami harap mereka membawa nilai yang membentuk akhlak yang baik dan terus berusaha menjadi insan lebih baik,” luah Cik Rahmatunnisa.
Selain berpuasa, para penghuni turut didedahkan kepada solat tarawih, qiyam serta sesi renungan bersama sebagai sebahagian daripada usaha membina nilai kesabaran, empati dan kesyukuran.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.