Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rizman Ruzaini bakal bersinar di Minggu Fesyen Dubai

Anggaran Waktu Membaca:
Rizman Ruzaini bakal bersinar di Minggu Fesyen Dubai

(Gambar: rizmanruzaini/Instagram)

Diterbitkan : 25 Aug 2023 01:44PM Dikemas Kini : 25 Aug 2023 01:52PM
KUALA LUMPUR: Seperti bulan jatuh ke riba. Itulah respons pereka fesyen duo, Rizman Ruzaini apabila mengetahui bahawa mereka dijemput untuk mempersembahkan koleksi pakaian mereka di Minggu Fesyen Dubai (DFW) pada Oktober 2023 nanti.

Selepas melalui proses pemilihan yang sangat ketat, Rizman Ruzaini akui bersyukur apabila jenama mereka yang berusia 18 tahun itu bukan sahaja dipilih malah mereka juga diberi peluang untuk membuat majlis penutup semasa pertunjukan fesyen itu nanti, lapor Astro AWANI.

Menurut Rizman Nordin, sentiasa menjadi impian beliau dan Ruzaini untuk masuk ke pasaran antarabangsa sekali gus membawa nama Malaysia ke persada dunia.

"Sentiasa menjadi impian kami untuk masuk pasaran Timur Tengah membawa nama Malaysia ke persada dunia dan alhamdulillah kami diberi penghormatan besar untuk penutup Dubai Fashion Week.

"Masih terasa bagai di awang-awagan tapi kami akan berusaha untuk mengharumkan nama Malaysia," katanya ketika ditemui media selepas pertunjukan fesyen untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang diadakan di ibu kota, menurut laporan Astro AWANI.

Pada masa sama, selaku kru kreatif untuk koleksi di DFW 2023, Wan Mohd Ruzaini menyatakan bahawa segala persiapan sudah pun dirancang sebaiknya dan akan dimulakan tidak lama lagi.

“Saya selaku kru kreatif, kita dah ada papan cerita, dah ada sampel dan sebagainya cuma nak jalankan sahaja dan tentu sekali kita ada kumpulan kita sendiri yang akan menghasilkan daripada pekerja mahir dan juga daripada kumpulan Rizman Ruzaini sendiri, Yana Baharudin akan tolong kita juga, sebab ini satu platform yang besar untuk jenama kami untuk bawa nama negara,” ujarnya, seperti ditukil laporan Astro AWANI.

Rizman Ruzaini bakal mempersembahkan tidak kurang 60 helaian untuk penutup DFW anjuran Majlis Fesyen Arab dan berkongsi pentas bersama jenama gergasi fesyen dunia, Carolina Herrera dan Michael Cinco.

Minggu Fesyen Dubai akan berlansung pada 10 Oktober sehingga 15 Oktober 2023.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan