Rizab SG akan selalu mencukupi satu "salah tanggapan terbesar", kata PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Walaupun rizab Singapura cukup untuk digunakan "dalam kebanyakan keadaan", andaian bahawa ia akan selalu mencukupi adalah satu "salah tanggapan terbesar" - apatah lagi kerana perbelanjaan negara sudahpun melebihi pertumbuhan pendapatan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
PM Lee juga berkata beliau "bimbang" tentang bagaimana rizab dapat terus ditambah selagi boleh. Kepimpinan politik generasi keempat (4G) negara sedia maklum tentang perbelanjaan bagi keperluan negara yang kian meningkat, serta perlunya memenuhi tuntutan ini "secara mampan", tambah beliau.
Perdana Menteri berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama CNA mengenai rizab negara.
Beliau menyifatkan rizab sebagai "sumber keselesaan dan jaminan besar" yang memberi rakyat Singapura "kelebihan untuk bertindak" sekiranya ia berdepan cabaran.
Pemerintah tidak mendedahkan jumlah rizab sepenuhnya demi melindungi kepentingan negara dan mencegah penjualan mendadak mata wang negara secara besar-besaran.
Apabila ditanya berapa jumlah rizab Singapura, PM Lee berkata: "Saya tidak boleh menjawab soalan itu. Ia mencukupi bagi kebanyakan keadaan. Ia cukup untuk memberikan sokongan cukup besar dalam Belanjawan setiap tahun, yang menyumbang kepada pendapatan pemerintah."
Singapura pertama kali menggunakan rizabnya pada 2009, dengan mengeluarkan S$4.9 bilion untuk membantu ekonomi mengharungi krisis kewangan global. Lebih sedekad kemudian, Singapura sekali lagi menggunakan rizab - sebanyak tiga kali antara 2020 dengan 2022 sepanjang pandemik COVID-19 - berjumlah S$40 bilion kesemuanya.
"Mujur kita mempunyai sumber-sumber dan mampu melakukannya," kata PM Lee. "Ia satu kelebihan luar biasa."
Namun "salah tanggapan terbesar" dalam kalangan rakyat Singapura adalah "ia mencukupi".
"Berapa jumlah yang mencukupi? Kalau ada lebih daripada itu, saya boleh membelanjakannya. Kalau kurang, mungkin saya harap kita boleh mencapai jumlah itu," katanya. "Saya tidak tahu apa yang boleh dianggap sebagai cukup."
"Sebelum krisis kewangan global, kita tidak fikir bahawa kita perlukan apa-apa. Kemudian apabila ia berlaku, ternyata kita perlukan S$4, S$5 bilion. Semasa krisis COVID-19 terjadi, akhirnya kita perlukan lebih S$40 bilion. Jadi kita tidak akan dapat anggarkan berapa banyak yang diperlukan."
PM Lee memberi amaran COVID-19 juga "bukan perkara terburuk yang boleh menimpa" Singapura. Maka itu, "cara lebih produktif" untuk melihat rizab negara adalah dengan menganggapnya sebagai "simpanan untuk digunakan pada masa-masa sukar yang tidak dijangka".
"Seandainya tidak ada gangguan, saya tidak akan menyentuhnya. Seandainya (ekonomi) rancak dan saya mampu, saya menokoknya," katanya.
"Tidak kiralah jumlahnya, saya ingin memupuk tabiat menokok rizab negara kalau keadaan mengizinkan, supaya generasi seterusnya dalam kedudukan lebih terjamin berbanding sekarang."

"SYURGA PERLINDUNGAN KEWANGAN"
Ditanya sama ada beliau takut rizab berkurangan, PM Lee menjawab: "Saya bangga kita sudah membinanya sejauh ini dan saya juga ingin sekali kita mengekalkannya seperti ini selama mungkin.
"Kerana ia sememangnya begini - sebaik sahaja ia digunakan, ia tidak boleh didapatkan semula."
Ekonomi Singapura tumbuh paling pesat pada 1970-an dan awal 1980-an. Ditambah dengan lebihan fiskal dan pendapatan yang meningkat, semua ini membolehkan "kemungkinan untuk mengetepikan sebahagian hasil kemakmuran tersebut untuk hari-hari susah akan datang".
Hari ini, Singapura tidak "miskin seperti dahulu", dengan pendapatan dan taraf hidup lebih tinggi. Namun mengetepikan dua hingga tiga peratus hasil dalam negeri kasar untuk membangunkan satu dana pelaburan baharu milik negara akan "sangat sukar", kata PM Lee.
"Ekonomi tidak akan berupaya menampung kesannya. Namun perkara ini dapat dilakukan pada masa dahulu kerana nenek moyang kita cermat dan berwawasan. Kita yang akhirnya meraih manfaat," ujarnya.
"Jadi saya rasa kita perlu sangat, sangat sedar bahawa ini syurga perlindungan kewangan. Anda di sini, semuanya menakjubkan. Anda mungkin tidak selalu berasa hebat, tetapi harap sedia maklum bahawa ini "Garden of Eden" (syurga perlindungan kewangan).
"Kerana sebaik sahaja anda keluar daripada keadaan itu, anda tidak boleh mengalaminya lagi," kata Perdana Menteri.
Beliau seterusnya berkata kepimpinan 4G "sangat menyedari" tentang bagaimana perbelanjaan bagi keperluan negara akan melebihi pulangan rizab.
Ini salah satu sebab mengapa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu dinaikkan - daripada tujuh kepada lapan peratus bermula tahun ini, dan kepada sembilan peratus pada tahun depan.
"Namun ini tidak bermakna cukai tidak akan dinaikkan lagi pada masa hadapan kerana perbelanjaan untuk keperluan kita akan terus meningkat," tegas PM Lee. "Kita akan menjadi sebuah masyarakat menua (25 peratus penduduk berusia 65 tahun dan ke atas) dan kita perlu memastikan kita dapat memenuhi keperluan sendiri secara mampan."
Tidak seperti negara lain yang belum bersiap sedia bagi perkara seperti ini dan akhirnya terjerat dalam masalah hutang melebihi 100 peratus GDP, PM Lee berkata Singapura mempunyai masa dan kesungguhan politik untuk melakukan apa yang diperlukan.
"Dan saya rasa para pemimpin 4G faham tentang perkara ini," ujar PM Lee.
Cabarannya adalah untuk memastikan bahawa rakyat Singapura juga faham bahawa rizab adalah "aset bernilai" yang perlu dilindungi.
"Anda boleh menggunakannya jika perlu tetapi jangan menggunakannya untuk perkara yang tidak perlu. Kerana sebaik sahaja ia digunakan, ia hilang."

*Saksikan wawancara PM Lee mengenai rizab Singapura bermula 16 Ogos di saluran YouTube CNA dan siri web 'Singapore Reserves Revealed" bermula 17 Ogos. Anda juga boleh menyaksikan dokumentari dua episod 'Singapore Reserves: The Untold Story' pada 16 dan 17 Ogos di CNA, jam 9.00 malam. Dokumentari itu juga akan ditayangkan di saluran YouTube CNA Insider.
Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.