Risiko tinggi jerebu rentas sempadan yang teruk pada 2023, orang ramai dinasihatkan bersiap sedia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: TODAY
SINGAPURA:Terdapat kemungkinan tinggi jerebu teruk berlaku di Asia Tenggara tahun ini, lapor sebuah badan pemikir Singapura, walaupun keadaan tidak mungkin seteruk tahun 2015, apabila Indeks Pencemaran Udara (PSI) di sini mencapai tahap berbahaya.
Dapatan itu berdasarkan ramalan pakar bahawa akan berlaku musim kemarau yang teruk melanda rantau ini berikutan fenomena cuaca El Nino yang membawa keadaan lebih panas dan kering.
Laporan tahunan Haze Outlook 2023 itu dikeluarkan pada Rabu (21 Jun) oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA), dan ia adalah kali pertama 'kod merah' dikeluarkan sejak laporan berkenaan jerebu mula dikeluarkan pada 2019.
Amaran sebelum ini adalah 'kod kuning jingga' (risiko sederhana) untuk tiga tahun dan kod hijau (risiko rendah) untuk setahun.
Ramalan itu selaras dengan pengumuman yang dibuat bulan lepas oleh Pusat Meteorologi Khusus ASEAN, yang memantau dan menilai kebakaran tanah dan hutan serta kejadian jerebu asap rentas sempadan yang menjejaskan wilayah 10 negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Pusat itu menilai bahawa mungkin terdapat risiko jerebu rentas sempadan yang lebih tinggi berlaku antara Jun dan Oktober di wilayah ASEAN selatan.
SIIA menyatakan cuaca dijangka panas dan kering tahun ini ekoran dua fenomena meteorologi, iaitu El Niño-Southern Oscillation (Enso) dan Indian Ocean Dipole (IOD).
Bagi laporan terbaru itu, SIIA menilai risiko jerebu berdasarkan ramalan cuaca, dasar pemerintah dan kuasa pasaran.
Cuaca: Ramalan meteorologi seperti suhu dan hujan, di mana gelombang panas boleh meningkatkan peluang berlakunya kebakaran hutan dan gambut di luar kawalan dan mewujudkan jerebu
Dasar pemerintah: Tindakan yang diambil oleh pemerintah serta kerjasama dan penyelarasan antara sektor awam dan swasta
Keadaan pasaran: Syarikat dalam sektor perniagaan pertanian bertindak balas terhadap pasaran dan harga, dengan ada petunjuk seperti peningkatan penjualan benih minyak sawit dan harga masa depan minyak sawit yang lebih tinggi, menandakan peladang sedang giat melakukan penanaman dan penanaman semula.
Profesor Madya Simon Tay, pengerusi institut itu, berkata: “Walaupun kami telah melihat jerebu teruk pada tahun-tahun sebelum tinjauan itu diterbitkan, pandangan itu tidak pernah begitu pesimis, begitu prihatin seperti hari ini. ”
"Ini tahun di luar kebiasaan, dan ia dicerminkan dengan peringatan merah pertama dalam rekod kami," katanya ketika sesi taklimat Haze Outlook 2023 pada Rabu.
SIIA ialah badan pemikir bebas yang menganalisis dasar bertumpu ASEAN serta isu memacu kemampanan alam sekitar.
"Pada masa ini keadaan El Nino lemah, tetapi ada kemungkinan 84 peratus ia melangkaui tahap sederhana pada akhir 2023, dengan kemungkinan 25 peratus untuk 'El Nino besar' melanda.
"Sebab itu kami fikir dari segi cuaca, ada risiko nyata untuk musim kering yang serius dan teruk, dan risiko lebih dari biasa untuk berlakunya kebakaran," kata penolong pengarah kanan SIIA Aaron Choo.
Encik Aaron Choo yang mengarang bersama laporan itu berkata bahawa El Nino "sederhana" diklasifikasikan sebagai apabila suhu permukaan laut direkodkan pada kira-kira 1°C melebihi normal, manakala El Nino "teruk" atau "super" diklasifikasikan sebagai apabila suhu permukaan laut direkodkan pada kira-kira 2°C melebihi normal.
Penolong pengarah kanan projek khas dan kemampanan di SIIA menambah: “Pada 1997 dan 2015, terdapat lebih 2°C perbezaan suhu. Apabila ia mencecah paras itu, ia berada dalam lingkungan El Nino yang teruk dan kemungkinan tinggi tinggi bahawa akan berlaku jerebu yang teruk.”
Bagaimanapun, beliau berkata walaupun dalam keadaan terburuk, jerebu "tidak sepatutnya seteruk 2015", berikutan kemajuan pemerintah Indonesia dalam pencegahan kebakaran, pemadaman kebakaran serta dasar yang kukuh.
Di Singapura, bacaan PSI 24 jam melepasi paras 300 kepada julat berbahaya pada 2015, manakala bacaan melangkaui 100 kepada julat tidak sihat pada 2019.
Akhir bulan lalu, Agensi Sekitaran Kebangsaan mengeluarkan amaran nasihat tentang risiko jerebu yang teruk.
Ia mengingatkan orang ramai untuk bersiap sedia dengan apa yang mungkin berlaku, seperti mempunyai pelitup N95 yang mencukupi dan jika mereka mempunyai penapis udara, bahawa peralatan ini berada dalam "keadaan berfungsi baik".

Sumber : Today/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.