Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Risiko radang jantung susuli vaksinasi COVID-19 rendah: Kajian baru pengkaji S'pura

Risiko mengalami keradangan jantung atau myopericarditis selepas vaksinasi COVID-19 adalah "sangat rendah", dengan hanya 18 individu terjejas bagi setiap satu juta dos vaksin, menurut pasukan pengkaji dari Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Risiko radang jantung susuli vaksinasi COVID-19 rendah: Kajian baru pengkaji S'pura

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 13 Apr 2022 08:19AM Dikemas Kini : 13 Apr 2022 08:22AM

SINGAPURA: Risiko mengalami keradangan jantung atau myopericarditis selepas vaksinasi COVID-19 adalah "sangat rendah", dengan hanya 18 individu terjejas bagi setiap satu juta dos vaksin, menurut pasukan pengkaji dari Singapura.

Kajian mereka, yang diterbitkan dalam jurnal perubatan 'The Lancet Respiratory Medicine' atau 'Ubat-Ubatan Pernafasan Lancet' mendapati tiada perbezaan ketara secara statistik antara kejadian myopericarditis menyusuli vaksinasi COVID-19 dan vaksinasi lain.

Vaksinasi lain menjejas 56 kes bagi setiap satu juta dos.

Myopericarditis adalah keradangan yang terjadi pada otot jantung dan, dalam sebilangan kes, kerosakan teruk pada jantung. Ia kerap disebabkan oleh virus tetapi dalam kes-kes tertentu boleh juga berlaku selepas vaksinasi.

Kajian tersebut dijalankan oleh pengkaji daripada Pusat Jantung Universiti Nasional Singapura (NUHCS), Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di Universiti Nasional Singapura (Perubatan NUS).

Menurut kenyataan media bersama pada Selasa (12 Apr), pengkaji tersebut meneliti lebih 400 dos vaksinasi bagi membandingkan risiko myopericarditis selepas vaksinasi terhadap COVID-19 dan penyakit-penyakit lain seperti demam selesama dan cacar.

"Kajian kami mencadangkan keseluruhan risiko bagi myopericarditis nampaknya tidak berbeza bagi kumpulan vaksin terhadap COVID-19 yang baru diluluskan ini, berbanding vaksin-vaksin lain bagi penyakit lain," kata Dr Kollengode Ramanathan, perunding kanan di jabatan jantung, toraks dan vaskular di NUHCS dan salah seorang penulis kajian itu.

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan mengenai myopericarditis menyusuli vaksinasi mRNA COVID-19, terutama sekali dalam kalangan remaja dan dewasa muda.

Pengkaji berkenaan juga mendapati dalam kalangan mereka yang menerima vaksin COVID-19, kejadian myopericarditis adalah jauh lebih tinggi bagi kaum lelaki (berbanding wanita), dalam kalangan mereka bawah usia 30 tahun (berbanding 30 tahun ke atas), mereka yang menerima vaksin mRNA (berbanding vaksin bukan mRNA) dan selepas dos kedua vaksin (berbanding dos pertama atau ketiga).

Kajian tersebut turut mencadangkan dasar-dasar seperti menawarkan vaksin bukan mRNA kepada kaum lelaki, khususnya mereka berusia bawah 18 tahun boleh dipertimbangkan bagi menangani risiko myopericarditis, sambil menimbangkan manfaat serta dan kemudaratan vaksin itu secara keseluruhannya.

Ini menekankan bahawa risiko mengalami kesan sampingan buruk harus diimbangi dengan manfaat vaksinasi, seperti "risiko jangkitan yang lebih rendah, kemungkinan dimasukkan ke hospital, penyakit teruk dan kematian disebabkan COVID-19", kata Dr Somani.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan