Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Risiko lebih tinggi jerebu di rantau ASEAN selatan antara Jun-Oktober 2023

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pihak berkuasa cuaca dan iklim pada Isnin (29 Mei) memberi amaran mengenai risiko lebih tinggi jerebu di rantau ASEAN selatan antara Jun dengan Oktober tahun ini di tengah-tengah jangkaan musim kemarau yang lebih teruk dan berpanjangan.

Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) membuat pengumuman itu ketika mengeluarkan Amaran Tahap 1, yang menunjukkan permulaan musim kemarau yang dikaitkan dengan Monsun Barat Daya di rantau ASEAN selatan.

“Cuaca kering yang berterusan diperhatikan di kebanyakan bahagian Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand sejak beberapa hari kebelakangan ini, ketika jalur hujan monsun bergerak ke utara khatulistiwa.

“Dengan kemungkinan tinggi keadaan El Nino berkembang dalam beberapa bulan akan datang, musim kemarau dijangka lebih teruk dan berpanjangan berbanding tahun-tahun kebelakangan ini, dan berlanjutan hingga Oktober 2023,” menurut ASMC.

Kegiatan tompok panas di wilayah selatan ASEAN pada masa ini masih ditangani, dengan 14 dan 13 tompok panas dikesan di wilayah selatan ASEAN masing-masing pada 27 Mei dan 28 Mei, menurut ASMC.

Sejak awal tahun ini, suhu lautan bawah permukaan yang lebih panas dicatatkan di Pasifik tropika timur. Ini adalah petanda awal yang menyokong keadaan El Nino berkembang dalam beberapa bulan akan datang.

Dipole Lautan India yang positif, yang menyekat pembentukan awan di bahagian tertentu di Lautan India tropika, juga mungkin berkembang dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.

Kedua-dua fenomena iklim biasanya membawa keadaan yang lebih kering dan lebih panas ke banyak bahagian di rantau ASEAN selatan.


Berdasarkan pemerhatian ini, ASMC menyatakan bahawa ia menilai risiko yang lebih tinggi terhadap pertambahan aktiviti tompok panas dan kejadian jerebu asap rentas sempadan di wilayah selatan ASEAN antara Jun dan Oktober 2023.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan