Risiko komplikasi selepas pulih denggi lebih tinggi berbanding COVID-19: NTU
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pesakit yang pulih daripada demam denggi lebih berkemungkinan menghadapi komplikasi kesihatan jangka panjang seperti degupan jantung tidak tetap dan masalah memori, berbanding mereka yang sembuh daripada COVID-19.
Ini menurut satu kajian baharu yang dijalankan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Kajian itu melibatkan hampir 12,000 bekas pesakit denggi dan lebih 1 juta penduduk yang dijangkiti COVID-19 antara Julai 2021 hingga Oktober 2022.
Ia mendapati para pesakit denggi berisiko 55 peratus lebih tinggi mengalami komplikasi jantung.
Ini termasuk degupan jantung tidak tetap, penyakit jantung dan darah beku.
Pesakit denggi juga dua kali ganda lebih berisiko mengalami gangguan kognitif dan daya ingatan berbanding pesakit COVID-19.
Mereka juga didapati lebih berisiko mengalami masalah pergerakan.
Menurut seorang pakar penyakit berjangkit, kerumitan sebegini biasanya berlaku disebabkan keadaan kesihatan sedia ada.
Kajian tersebut merupakan yang pertama kali membandingkan risiko komplikasi jangka panjang selepas dijangkiti denggi dan COVID-19.
Penyelidikan itu juga sedang meninjau masalah kesihatan baharu yang terkait dengan jantung, sistem saraf dan sistem imun yang mungkin timbul dalam tempoh antara sebulan hingga setahun selepas jangkitan.
Walaupun buat masa ini tiada rawatan diketahui bagi komplikasi sedemikian, satu huraian berpotensi untuk mengurangkan risikonya adalah dengan mengambil suntikan vaksin sebagai pencegahan.
Timbalan Pengarah, Penyakit Berjangkit, Sekolah Perubatan DUKE-NUS Profesor Ooi Eng Eong berkata: "
Bagi Singapura sekalipun, akan tiba masanya kita perlu ada vaksin denggi untuk sekurang-kurangnya melindungi penduduk daripada kesan-kesan sedemikian, terutama bagi golongan yang lebih mudah terdedah kepada penyakit seperti masalah jantung dan masalah neuropsikiatrik."

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.