Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ribuan penonton berkumpul di serata SG saksikan perlawanan akhir Piala Dunia

Lebih 10,000 penduduk Tampines berkumpul di OTH manakala lebih 800 di Wisma Geylang Serai. Selain kawasan kejiranan, para peminat juga berkumpul di daerah bandar seperti di CHIJMES dan Perpustakaan Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kemeriahan pada malam akhir Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar turut dirasakan di serata negara ini.

Selain yang menonton di rumah, ribuan orang juga berkumpul di pelbagai lokasi untuk menyaksikan perlawanan akhir itu beramai-ramai.

Di Wisma Geylang Serai, lebih 800 orang berkumpul di ruang Persada Budaya bagi menyaksikan tayangan perlawanan itu.

Suasana bertambah gamat dengan sorakan setiap kali Argentina dan Perancis berhasil menjaringkan gol hinggalah ke akhir perlawanan sekitar jam 3.00 pagi (19 Dis).

Ramai yang tidak mahu ketinggalan menikmati kemeriahan suasana menyaksikan perlawanan bola sepak secara beramai-ramai.

Tidak kira usia, kaum dan agama, mereka bersatu untuk menyokong pasukan kegemaran.

Salah seorang penonton yang ditemui BERITAmediacorp, datang bersama anggota keluarganya.

"Kita bercadang untuk datang sekeluarga, kerana Piala Dunia ini empat tahun sekali sahaja," katanya.

Di Hab Tampines Kita pula, ruang stadium di sana dipenuhi sekitar 5,000 penonton.

Anggota parlimen Tampines iaitu Encik Masagos Zulkifli dan Encik Baey Yam Keng turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut bersama para penduduk.

Lebih istimewa lagi, bekas pemain England dan Tottenham Hotspur, Gary Stevens juga sama-sama hadir dan meluangkan bersama penduduk Tampines di acara itu.

Bagi yang tidak dapat masuk ke bahagian stadium, mereka dapat menyaksikannya di ruang utama bangunan tersebut, di mana terdapat layar lebar menayangkan siaran langsung perlawanan tersebut.

Dalam catatannya di Facebook, Encik Baey berkata secara keseluruhannya, 10,500 penduduk Tampines berkumpul di bangunan itu semalam (18 Dis) bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

"Walaupun saya bukan peminat bola sepak dan saya tidak menonton satu pun perlawanan Piala Dunia tahun ini sehingga semalam, saya gembira saya lakukannya. Isteri saya yang lebih tahu tentang bola sepak beritahu saya perlawanan akhir ini perlawanan yang mengujakan," kata Encik Baey.

Selain di kawasan kejiranan, beberapa lokasi di kawasan bandar seperti di CHIJMES dan Perpustakaan Negara di Bugis juga dibanjiri peminat bola sepak untuk sama-sama meraikan detik bersejarah itu.





 
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan