Ribuan hadir pada hari pertama Pertunjukan Udara SG dibuka kepada umum
SINGAPURA: Ribuan pengunjung termasuk dari luar negara hadir pada hari pertama Pertunjukan Udara Singapura dibuka kepada orang ramai.
Tiket bagi Sabtu (7 Feb) habis dijual manakala tiket bagi Ahad (8 Feb) pula tinggal sedikit sahaja.
Antara yang turut hadir ke acara itu pada Sabtu ialah Perdana Menteri Lawrence Wong yang beramah mesra dengan pasukan-pasukan pertunjukan udara berbilang negara termasuk Singapura sendiri.
Kesemuanya sehingga 40 pesawat dipamerkan kepada orang ramai, meliputi pesawat pertahanan mahupun komersil.
Yang pasti, cuaca panas terik tidak melunturkan semangat para pengunjung untuk melihat sendiri pesawat-pesawat canggih itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.