RI, Madrasah Aljunied, Alsagoff & Wak Tanjong mara ke pusingan separuh akhir Bahas 4PM 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tirai gelanggang pertarungan Bahas 4PM sudah dibuka, dengan berlangsungnya pusingan saringan pertandingan itu pada Sabtu (20 Jul).
Sebanyak lapan pasukan dari maktab rendah, politeknik dan madrasah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bahas 4PM tahun ini.
Pertandingan peringkat pascamenengah itu merupakan anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).

Kesemua pasukan tersebut tidak melepaskan peluang menunjukkan taring masing-masing dalam pusingan saringan, yang berlangsung di Institut Pendidikan Kebangsaan Singapura (NTU-NIE).
Dalam pusingan tersebut, setiap pasukan perlu bertanding dalam dua pertarungan, iaitu dengan dua pasukan lain.
Hanya empat pasukan terbaik berjaya menempah tempat ke pusingan separuh akhir.
Pasukan tersebut terdiri daripada sekolah Raffles Institution (RI), Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Madrasah Alsagoff Al-Arabiah & Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah,
selepas mereka membuktikan kehebatan masing-masing dalam mengatasi pasukan dari Politeknik Singapura (SP), Politeknik Republik (RP), Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah dan Maktab Rendah Tampines Meridian.
Meskipun medan pertarungan tersebut baru saja bermula, pembahas-pembahas sudah menampilkan persaingan sengit dalam membentangkan hujah demi menawan hati para juri.

Mauduk yang dikupas pembahas antaranya, meliputi isu kecerdasan buatan (AI) sebagai wadah pembelajaran dan pengaruh teknologi terhadap pertumbuhan kognitif kanak-kanak.
Pusingan separuh akhir bakal berlangsung pada 3 Ogos, di Common Ground, Bedok.
Ia bakal menyaksikan pertarungan antara pasukan dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan RI, manakala pasukan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah pula akan berentap dengan Madrasah Aljunied Al-Islamiah untuk menjadi pasukan yang dapat melayakkan diri ke pusingan berikutnya.
Hanya dua pasukan terbaik antara empat pasukan yang layak ke pusingan separuh akhir itu, akan mara ke pusingan akhir untuk merebut gelaran juara Bahas 4PM tahun ini.
BENGKEL BAHAS 4PM ERATKAN SILATURRAHIM
Sebelum berlangsungnya pusingan saringan itu, sebuah bengkel juga diadakan pada 29 Jun lalu, khususnya bagi peserta Bahas 4PM tahun ini.
Dikendalikan oleh para alumni Bahas 4PM, ia bertujuan untuk memperkenalkan format perbahasan dan memperkasa para peserta dengan pelbagai teknik serta kemahiran yang dapat dimanfaatkan untuk mengatur strategi bagi perbahasan mereka.
Di samping itu, bengkel tersebut diharap dapat menyediakan platform untuk para pembahas saling mengenali satu sama lain sekali gus mengeratkan silaturrahim.
ALU-ALUKAN LEBIH BANYAK INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SERTAI BAHAS 4PM
Melihat prestasi yang ditampilkan pembahas Sabtu lalu, Presiden 4PM, Encik Nassar Mohamad Zain meluahkan rasa kagumnya terhadap kehebatan para peserta tahun ini dalam mengetengahkan hujah-hujah yang bernas.
"Ia bukan sekadar menampilkan hujah dengan gaya penuh yakin, tetapi fakta dan isi yang diketengahkan juga penting," kongsi Encik Nassar kepada BERITA Mediacorp.
"Bukan untuk bertikam lidah tetapi ia mengasah pemikiran masing-masing untuk membidas dan membalas kata-kata satu sama lain," tambahnya.
Meski akur dengan keunggulan madrasah tempatan dalam menguasai pertandingan sedemikian berdasarkan keputusan peringkat saringan itu, beliau terus mengalu-alukan penyertaan institusi-insitusi lain dalam Bahas 4PM bagi tahun-tahun akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.