Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Retreat pemimpin S'pura-M'sia ditangguhkan

Retreat bagi para pemimpin Singapura dan Malaysia yang akan datang akan diadakan lebih lewat daripada yang dijangkakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Oct 2018 09:48PM Dikemas Kini : 26 Oct 2018 10:02PM

SINGAPURA: Retreat bagi para pemimpin Singapura dan Malaysia yang akan datang akan diadakan lebih lewat daripada yang dijangkakan.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA).

Pertemuan tahunan itu pada mulanya dijadualkan berlangsung selepas Sidang Puncak ASEAN.

Menjawab pertanyaan media mengenai tarikh bagi retreat itu, MFA menyatakan ia sudah ditangguhkan dan tarikhnya belum ditetapkan.

Semasa satu sesi dialog awal bulan ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata hubungan dengan Malaysia stabil dan beliau akan ke Putrajaya bagi retreat itu, 10 hari selepas berakhirnya Sidang Puncak ASEAN.

Retreat ke-9 itu yang pertama dengan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Pakatan Harapan.  

Sumber : CNA/SS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan