Skip to main content

Singapura

Restoran Violet Oon S'pore mohon maaf atas kontroversi hidangan 'Dulang Nasi Ambeng Nyonya'

 Restoran Violet Oon Singapore memohon maaf setelah hidangan nasi ambengnya yang diberi nama 'Dulang Nasi Ambeng Nyonya' mencetuskan kontroversi sejak ia dilancarkan pada Selasa (2 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran Violet Oon S'pore mohon maaf atas kontroversi hidangan 'Dulang Nasi Ambeng Nyonya'

(Gambar: Violet Oon Singapore/Facebook)

SINGAPURA: Restoran Violet Oon Singapore memohon maaf setelah hidangan nasi ambengnya yang diberi nama 'Dulang Nasi Ambeng Nyonya' mencetuskan kontroversi sejak ia dilancarkan pada Selasa (2 Jun).

Dalam catatan Facebooknya hari ini (4 Jun), restoran yang menawarkan hidangan peranakan itu mengakui pihaknya tidak bersikap sensitif semasa menamakan hidangan terbarunya itu.

Menurut catatan tersebut, hidangan terbaru itu sebaliknya akan dinamakan "Dulang Keluarga".

"Kami tidak peka semasa menggunakan nama hidangan yang simbolik ini dan kami gagal menggambarkan atau mengiktiraf asal usul dan sejarah Nasi Ambeng yang berasal dari Jawa, Indonesia.

"Sebagai jenama yang memberi tumpuan kepada usaha meneroka budaya makanan yang kaya dan rencam di Asia Tenggara, kami gagal mengiktiraf keaslian hidangan istimewa ini" tulis Violet Oon Singapore di laman Facebooknya.

Restoran itu turut meminta maaf kerana menyinggung perasaan dan membangkitkan kemaharan melalui hidangan terbarunya itu.

Violet Oon Singapore juga mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang tampil untuk menjelaskan makna dan keistimewaan Nasi Ambeng.

Restoran itu turut mendedahkan bahawa ia akan mengambil pengajaran daripada insiden tersebut dan akan lebih berhati-hati apabila menamakan hidangannya. Ini supaya ia dapat memberikan gambaran sebenar tentang asal usul sesebuah hidangan.

"Kami bersedia menerima teguran ini dan akan berusaha keras untuk menjernihkan keadaan. Terima kasih," menurut Violet Oon Singapore.

Selain menerima reaksi negatif daripada sebilangan netizen, hidangan itu turut mengundang kritikan lantang daripada penulis buku 'Malay Weddings Don’t Cost $50 and Other Facts about Malay Culture’, Cik Hidayah Amin.

Cik Hidayah menegaskan bahawa sesuatu hidangan itu mencerminkan budaya masyarakat yang membuatnya.

"Cef Violet Oon, ia bukan setakat bunga telang dan perkataan 'Nyonya' atau 'Peranakan' untuk mendakwa ia adalah hidangan Peranakan. Sesuatu hidangan itu tidak boleh diiktiraf hanya berdasarkan bahan-bahan mentah saja.

"Tolong jangan mengubah hidangan dan kuih orang Melayu. Anda tidak melihat kami mengubah makanan Peranakan sebagai hidangan kami, bukan?" 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita