Restoran SG manfaatkan dapur pusat sempena musim Tahun Baharu Cina, jimat kos sehingga 25%
Sebilangan restoran di Singapura menggunakan dapur pusat demi memastikan kos mereka kekal rendah supaya para pengunjung juga dapat berjimat.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebilangan restoran di Singapura menggunakan dapur pusat demi memastikan kos mereka kekal rendah supaya para pengunjung juga dapat berjimat.
Malah sebilangan pengendali mendedahkan, ia berjaya mengurangkan kos sehingga 25 peratus.
Ini kerana model dapur pusat memudahkan kawalan lebih tinggi ke atas penyediaan makanan serta dapat mengurangkan pembaziran.
Setiap kali tiba Tahun Baharu Cina, anggota keluarga berkumpul untuk menikmati hidangan yang tersedia.
Lantas, tempahan di restoran-restoran melonjak naik.
Misalnya, sebuah restoran di pusat beli-belah Nex di Serangoon sudah pun sekitar 90 peratus ditempah menjelang musim perayaan.
Trend tersebut semakin lumrah sejak beberapa tahun lalu bagi kebanyakan cawangannya di merata Singapura.
Namun, ia tidak bermakna pihak pengurusan mudah berpeluk tubuh dengan meningkatnya perniagaan.
Penolong pengurus bagi pemasaran dan perhubungan di Dian Xiao Er, Lim Le Wei berkata: "Sejak beberapa tahun ini, seperti yang anda lihat di Singapura, terdapat beberapa jenama makanan Cina yang terus meningkat.
"Jadi kami mahu berikan pelanggan kami lebih banyak pilihan dan menjadikan pasaran ini lebih berdaya saing.
"Itu sebabnya mengapa kami menyerap kos dan menyepadukan rantaian bekalan kami demi mengurangkan kos untuk pelanggan kami."
Restoran Dian Xiao Er, sebagai contoh, meningkatkan daya penghasilan dengan menggunakan model dapur pusat untuk menyediakan makanan.
Hasilnya, mereka dapat mengelak daripada menaikkan harga set menu yang ditawarkan sebanyak tiga hingga lima peratus.
Ia merupakan antara contoh di mana restoran-restoran di Singapura membuat peralihan kepada cara-cara pengendalian baharu hanya untuk bertahan di tengah-tengah sekitaran F&B yang sangat berdaya saing.

Sumber : CNA/QA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.