Skip to main content

Singapura

Restoran Sederhana bakal buka cawangan pertama di Kampong Gelam

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran Sederhana bakal buka cawangan pertama di Kampong Gelam

Restoran Sederhana bakal membuka cawangan pertamanya di kawasan Kampong Gelam. (Gambar: Instagram/sederhanasg)


SINGAPURA: Rangkaian restoran nasi padang popular dari Indonesia, Restoran Sederhana bakal membuka cawangan pertamanya di Singapura di kawasan Kampong Gelam.

Restoran tersebut akan mengambil alih tapak kedai Warong Nasi Pariaman.

Diasaskan pada tahun 1972, Restoran Sederhana kini mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh Indonesia serta beberapa restoran di Malaysia.

Restoran itu terkenal dengan sajian autentik masakan Minang seperti rendang dan “ayam pop”, dengan pelbagai lauk dihidangkan serentak di meja pelanggan.

Pengunjung boleh menikmati pilihan menu serta konsep sajian yang sama seperti di restoran di Indonesia dan juga konsep layan diri seperti di kedai-kedai makan lain di Singapura.

Pembukaan di Singapura ini menyusuli pengumuman peluasan operasinya ke Melbourne, Australia minggu lalu.

Bercakap kepada BERITA Mediacorp, wakil restoran itu berkata mereka menyasarkan untuk membuka cawangan di Singapura pada 29 Mei dan pelancaran rasminya kemudian pada pertengahan Jun. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita