Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Restoran-restoran 'lega' tempahan bufet kembali rancak

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Restoran-restoran di sini menyaksikan peningkatan dalam permintaan sejak para pelanggan
'bebas' untuk memilih makanan kegemaran mereka dari kaunter bufet selepas peraturan pengurusan selamat COVID-19 dilonggarkan akhir bulan lalu (30 Apr),

Malah, ada yang sudah menerima tempahan penuh kurang dua minggu sejak pelonggaran itu diumumkan.

Hotel Grand Hyatt Singapore menyaksikan jumlah tempahan di Restoran StraitsKitchen meningkat sehingga 30 peratus.

Restoran yang menyediakan pelbagai jenis hidangan antarabangsa itu mempunyai kapasiti sebanyak 260 tempat duduk.


"Tempahan kami biasanya penuh selang beberapa hari. Kebanyakan pelanggan biasanya membuat tempahan melalui portal kami tetapi kami masih mempunyai ruang untuk 'walk-ins'. Jika kami ada ruang, kami menjemput mereka bila-bila masa sahaja," kata Pengurus Operasi, bahagian Makanan dan Minuman (F&B), Grand Hyatt Singapore, Encik Mike S.R.

Selain menyediakan cecair pembasmi kuman atau sarung tangan pakai buang untuk pelanggan seperti yang ditetapkan Agensi Makanan Singapura (SFA), restoran itu mengambil langkah tambahan untuk mengurangkan jangkitan.


Ia menukar senduk makanan di kaunter bufet setiap setengah jam.

Apabila larangan makan di restoran dilaksanakan, restoran itu menawarkan khidmat penghantaran dan bungkus sahaja.

Dan apabila pelanggan menjamu selera di restoran, mereka tidak dibenarkan mengambil makanan mereka sendiri dari meja bufet.

Pihak restoran ini lega kerana kini dapat menawarkan pengalaman yang lebih dan selesa untuk para pelanggan.

Pengurus Operasi, bahagian Makanan dan Minuman (F&B), Grand Hyatt Singapore, Encik Mike S.R.

"Untuk kami menghantar makanan mengikut pesanan pelanggan, ia mengambil lebih tenaga dan masa. Dan kami perlu ke setiap meja lebih kurang 10 hingga 15 kali.

"Kini kita dapat meluangkan lebih banyak masa bersama pelanggan, berbual dengan mereka dan menjelaskan tentang bufet dan mungkin membantu mereka mengambil makanan. Jadi kami boleh membuat mereka rasa selesa," tambah Encik Mike


Sentimen serupa dikongsi dua lagi restoran yang popular di sini.

Restoran Kintamani Indonesian di Hotel Furama RiverFront terpaksa mengerahkan lebih ramai kakitangan sewaktu ia menawarkan perkhidmatan bungkus dan penghantaran ke rumah selama 24 jam apabila larangan makan di restoran dikuatkuasakan.

Ia kini dapat memanfaatkan tenaga kerjanya dengan lebih baik.


"Tidak dinafikan, ia telah mengurangkan sedikit tekanan daripada operasi restoran kami dengan kurangnya jumlah kakitangan yang diperlukan untuk mengambil makanan untuk pelanggan di setiap stesen bufet . Dengan ini, kita boleh mengerahkan semula beberapa kakitangan kami untuk menyokong operasi dan unit perniagaan lain dalam kumpulan Furama," kata seorang jurucakap Furama RiverFront.

Sselain cecair pembasmi kuman, sarung tangan turut disediakan buat pelanggan yang mengambil makanan


Dan seperti di restoran StraitsKitchen, senduk-senduk makanan digantikan dua kali semasa waktu makan tengah hari dan makan malam.

Menurut jurucakap Furama RiverFront itu lagi, jumlah tempahannya naik sehingga 30 peratus sejak bufet layan diri disambung semula.

Tempahan semasa cuti panjang Hari Buruh, Hari Raya dan Hari Ibu baru-baru ini juga melihat tempahan bagi saiz kumpulan yang lebih besar.

Asian Market Café di hotel Fairmont Singapore turut menyaksikan permintaan yang sangat menggalakkan.

Pengarah Pengurusan, Fairmont Singapore dan Swissotel The Stamford, Encik Marcus Hanna memberitahu BERITAmediacorp bahawa talian tempahannya tidak henti-henti berdering sejak hidangan bufetnya disambung semula.

"Adalah baik untuk melihat kesibukan dan keadaan kembali normal seperti sebelum COVID-19. Namun begitu, pasukan kami masih terus melaksanakan penjagaan dan kewaspadaan untuk menjaga kebersihan, selamatan dan kesejahteraan dan tidak mengambilnya sambil lewa," kongsi Pengarah Pengurusan, Fairmont Singapore dan Swissotel The Stamford, Encik Marcus Hanna.

Sumber : BERITA Mediacorp
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan