Restoran Pu3 tebar sayap, buka dewan acara untuk majlis keramaian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setelah beroperasi selama lebih 10 tahun, Restoran Pu3 mengambil setapak lagi untuk mengembangkan lagi perniagaannya.
Bermula di Bencoolen, Restoran Pu3 berpindah ke lokasi lebih luas dan selesa di 111 Somerset pada 2019.
Pada Disember ini, mereka akan membuka sebuah dewan acara dipanggil IVORY by Pu3 bersebelahan dengan restoran tersebut.
Menurut pemilik Restoran Pu3, Puteri Norlela Mohd Dali, tempat itu boleh ditempah khas bagi majlis-majlis perkahwinan, kesyukuran atau hari jadi.
“Kami akan melancarkan acara pertama iaitu tempahan bagi majlis perkahwinan pada 23 Disember nanti,” kongsi Cik Puteri kepada wartawan Haney Khairunnisa.

MAHU KEMBALIKAN TRADISI MAKAN BERDULANG
Ini bagi meneruskan lagi usaha Cik Puteri memperkenalkan makanan dan hidangan Melayu kepada khalayak lebih ramai.
Restoran Pu3 sebelum ini menjadi antara yang pertama mengkomersialkan Nasi Ambeng di Singapura.
Dibesarkan dengan makanan Melayu terutamanya Nasi Ambeng, Cik Puteri merasakan ianya penting untuk memastikan orang-orang muda sekarang mengenali lauk-pauk Melayu serta tradisi makan beramai-ramai seperti makan berdulang.
“Saya merindukan waktu dan suasana apabila kami sekeluarga berkumpul di depan dulang, makan beramai-ramai. Itulah sebab kenapa Pu3 melakukan apa ia sedang lakukan pada saat ini,” jelas Cik Puteri kepada BERITA Mediacorp.

“Nasi Ambeng dahulu dihidangkan sewaktu majlis kenduri, kesyukuran. Ia bukan makanan harian tetapi sekarang Nasi Ambeng boleh didapatkan di mana-mana sahaja pada bila-bila waktu,” tambahnya.
Ini lebih-lebih lagi kerana menurut beliau, ramai anak muda kini tidak mengenali makanan Melayu dan beliau ingin pertahankan khazanah tersebut.
MESKIPUN RUMIT UNTUK DISEDIAKAN, BESAR HATI DAPAT KONGSI WARISAN MAKANAN MELAYU
Meskipun bukan mudah untuk menyediakan pelbagai lauk-pauk Melayu yang berasaskan bermacam-macam rempah-ratus, Cik Puteri merasakan ia sesuatu yang amat memuaskan hati buat diri beliau.

“Bagi saya, masakan Melayu rumit, payah tetapi pada akhirnya ia sesuatu yang anda akan hargai dan cintai,” seloroh Cik Puteri.
Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana mempunyai beberapa kumpulan pelanggan setia bahkan dari kaum-kaum lain yang sering datang ke kedainya di 111 Somerset untuk menyokong perniagaannya.
Lebih banyak kisah menarik Cik Puteri boleh anda ikuti dalam siri terbaharu "Makan Apa Tu?" di laman media sosial BERITA Mediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.