Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Restoran Jepun di Tampines Mall, Parkway Parade, KFC Causeway Point antara tempat dikunjungi kes COVID-19

Restoran-restoran makanan Jepun di Tampines Mall dan Parkway Parade serta dua kedai makan di Causeway Point dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran Jepun di Tampines Mall, Parkway Parade, KFC Causeway Point antara tempat dikunjungi kes COVID-19

Tampines Mall, Parkway Parade dan Causeway Point dikunjungi kes-kes positif COVID-19. (Gambar: Google)

Diterbitkan : 09 May 2021 11:46AM Dikemas Kini : 09 May 2021 11:49AM

SINGAPURA: Restoran-restoran makanan Jepun di Tampines Mall dan Parkway Parade serta dua kedai makan di Causeway Point dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Lebih 15 lokasi baru turut dimasukkan ke dalam senarai itu semalam (8 Mei), menurut kemas kini harian Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (8 Mei).

Genki Sushi di Tampines Mall dan Ramen Dining Keisuke Tokyo di Parkway Parade dimasukkan ke dalam senarai tersebut, begitu juga dengan Crystal Jade Hong Kong Kitchen dan KFC di Causeway Point.

Pasar Marsiling dikunjungi berkali-kali oleh kes-kes COVID-19, menurut senarai tersebut.

Antara lain, Haidilao Hot Pot di 313 Somerset serta Pusat Penjaja Newton dan Pusat Penjaja dan Pasar Albert Centre turut disertakan dalam senarai berkenaan.

Selain tempat makan dan pasar, Cathay Cineplex di pusat beli-belah Jem juga tersenarai sebagai antara tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19.

Berikut adalah senarai penuh lokasi baru yang disertakan dalam senarai berkenaan.

Senarai itu tidak meliputi kediaman, tempat kerja, kemudahan jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.

Mereka yang dikenal pasti sebagai kenalan rapat kes-kes yang disahkan positif COVID-19 sudahpun dimaklumkan oleh MOH.

Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai yang mengunjungi lokasi-lokasi tersebut pada masa yang dinyatakan harus memantau dengan teliti kesihatan masing-masing selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka.

"Mereka harus berjumpa doktor dengan segera jika mereka mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan hidung berair), serta demam dah hilang deria rasa dan bau dan memaklumkan doktor tentang sejarah pendedahan mereka," menurut kementerian tersebut.

Orang ramai juga tidak perlu menghindari tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes-kes yang disahkan positif COVID-19, tambah MOH.

"Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)akan mendampingi pihak pengurusan premis terjejas untuk memberikan bimbingan tentang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman," tambah kementerian itu lagi.

Tujuh daripada 20 kes baru semalam adalah jangkitan dalam kalangan masyarakat tempatan. Baki 13 kes adalah kes-kes import.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan