Skip to main content

Singapura

Restoran Islamic agihkan lebih 3,000 bungkus beriani sempena ulang tahun ke-103

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran Islamic agihkan lebih 3,000 bungkus beriani sempena ulang tahun ke-103

Presiden Tharman Shanmugaratnam hadir untuk raikan ulang tahun ke-103 Restoran Islamic dan agihkan beriani. (Gambar: Danish Aiman)

SINGAPURA: Pada Ramadan ini, Restoran Islamic merancang untuk agihkan 10,000 bungkus beriani kepada masyarakat.

Ini termasuk 3,103 bungkus beriani yang diagihkan kepada keluarga yang kurang bernasib baik, warga emas dan orang ramai sempena ulang tahunnya yang ke-103 pada Ahad (7 Apr).

"Hari ini ialah ulang tahun kami yang ke-103, ia adalah warisan yang sangat panjang, sudah tentu saya amat berbangga. Kita telah bertahan Perang Dunia Kedua, SARS dan sudah tentu baru-baru ini COVID," kata pengurus generasi ketiga Restoran Islamic, Kaliloor Rahaman.

Lebih istimewa lagi, acara pengagihan itu turut disertai oleh tetamu terhormat, Presiden Tharman Shanmugaratnam serta isterinya, Puan Jane Ittogi.

Encik Kaliloor gembira dan teruja kerana dapat dapat meneruskan tradisi keluarganya pada setiap Ramadan.

"Ini terbuka kepada semua kaum yang akan kami agihkan beriani dan sepanjang bulan puasa tentunya sejauh ini kami telah mengagihkan hampir 8,500 bagi pelbagai pertubuhan dan keluarga yang memerlukan di flat 1 bilik dan flat 2 bilik dan di juga apabila selesai Ramadan sudah tentu Insya-Allah kami akan melakukan sekurang-kurangnya 10,000 beriani," jelas beliau.
Related article image
Gambar: Danish Aiman
RESTORAN ISLAMIC HARGAI SOKONGAN MASYARAKAT

Encik Kaliloor juga bersyukur dengan sokongan masyarakat sehingga membolehkan restoran yang diasaskan datuknya, Encik M. Abdul Rahiman pada 1921.

"Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan sepanjang masa dan bagi sesiapa yang datang ke Restoran Islamic, saya sangat-sangat menghargainya

"Restoran ini diasaskan datuk saya dan tentunya ia kerja keras daripada bapa saya dan pakcik-pakcik saya. Menerusi mereka, kita belajar tentang disiplin, pemeriksaan kualiti (QC), kepentingan perniagaan dan juga pengurusan kakitangan dan bahagian utama perniagaan Restoran Islamic ini adalah menjadi institusi amal di Singapura," kata Encik Kaliloor.

Untuk terus memastikan perniagaan itu dapat bertakat dan makanannya diterima ramai, beliau memastikan kualitinya terjaga.

Ini lebih-lebih lagi dengan saingan dan selera generasi sekarang dengan makanan 'trendy' dan moden.

"Rahsia di sebalik ini sudah tentu yang paling penting resipi rahsia kami yang tiada siapa yang boleh tiru resipi yang merupakan resipi rahsia keluarga dan nombor dua ialah perpaduan dalam keluarga," tambah Encik Kaliloor, 62 tahun.

Beliau kini melatih generasi keempat termasuk anaknya untuk mengambil alih perniagaan itu.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita