Skip to main content

Singapura

Restoran The Halia di Kebun Bunga SG akan ditutup selepas 25 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran The Halia di Kebun Bunga SG akan ditutup selepas 25 tahun
The Halia mengumumkan penutupannya dalam catatannya di Instagram pada 8 Januari 2026. (Gambar: The Halia)
Diterbitkan : 09 Jan 2026 11:53PM Dikemas Kini : 09 Jan 2026 11:55PM
  • Restoran The Halia di Kebun Bunga Singapura akan ditutup pertengahan Mac selepas 25 tahun beroperasi, menurut pengumuman di Instagram.
  • Pelanggan dan pengguna media sosial meluahkan rasa sedih dan terkejut atas penutupan, dengan ramai berkongsi kenangan mereka di restoran tersebut.
  • Tiada sebab rasmi diberikan bagi penutupan, dan Mediacorp telah menghubungi pihak restoran untuk maklumat lanjut.
  • Penutupan The Halia berlaku selepas beberapa restoran lain di Singapura turut menutup cawangan mereka dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Restoran The Halia di Kebun Bunga Singapura akan ditutup pada pertengahan Mac selepas beroperasi selama 25 tahun.

Restoran fusion Eropah-Asia ini mengumumkan penutupannya dalam catatannya di Instagram pada Khamis (8 Jan).

"Terima kasih atas kenangan, sambutan dan kasih sayang yang dikongsi di ruang yang indah ini," menurut The Halia dalam catatan tersebut, yang menjemput pelanggan untuk kunjungan terakhir.

"Kami berharap dapat mencipta kenangan baharu bersama anda dalam masa terdekat," tambahnya.

Tiada sebab diberikan bagi penutupan tersebut.

Mediacorp sudahpun menghubungi The Halia untuk maklumat lanjut.

Terkenal dengan gaya makan 'al fresco' di tengah-tengah rimbunan dedaunan hijau Ginger Garden, The Halia mula membuka pintunya pada 2001.

Ramai yang menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa terkejut dan sedih mereka terhadap pengumuman tersebut.

Seorang pengguna Instagram yang memberi komen pada catatan The Halia berkata bahawa penutupan itu "menyedihkan" kerana beliau baru sahaja meraikan perkahwinannya di sana minggu lalu.

Seorang lagi menyatakan bahawa The Halia adalah restoran "paling aman dan tenang" yang pernah beliau kunjungi, sambil menambah bahawa beliau akan merindui tempat serta makanannya.

PENUTUPAN TERKINI DALAM INDUSTRI F&B

Penutupan The Halia menyusul selepas rentetan penutupan kedai makan atau cawangan baru-baru ini.

Open Farm Community dan Tiong Bahru Bakery Safari di Dempsey Hill mengumumkan penutupannya pada Rabu, dengan hari terakhir kedua-duanya pada Ahad.

Beberapa cawangan Kith Cafe juga ditutup sejak beberapa bulan lalu, termasuk cawangan West Coast, yang ditutup pada Isnin.

Pizza Express menutup beberapa cawangannya pada Disember 2025, hanya mengekalkan cawangan di Star Vista dan Duo Galleria.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita