Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Restoran halal S'pura ambil langkah pencegahan proaktif bendung virus korona baru

Di tengah-tengah penularan virus korona baru yang kian membimbangkan di Singapura, dua restoran halal mengorak langkah untuk meningkatkan usaha mereka mencegah wabak itu daripada terus menular.

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran halal S'pura ambil langkah pencegahan proaktif bendung virus korona baru

Suhu badan para pelanggan Royal Palm diambil sebelum memasuki premis restoran. (Gambar: Chef Bob/Facebook)

SINGAPURA: Di tengah-tengah penularan virus korona baru yang kian membimbangkan di Singapura, dua restoran halal mengorak langkah untuk meningkatkan usaha mereka mencegah wabak itu daripada terus menular.

The Landmark dan Royal Palm di Orchid Country Club (OCC) melakukan demikian selepas tahap Sistem Respons Keadaan Penularan Penyakit (DORSCON) dinaikkan ke Jingga supaya "para pelanggan berasa tenang apabila menjamu selera di restoran".

Ia juga mungkin antara restoran halal pertama yang bersikap proaktif dan bertindak mengambil langkah-langkah pencegahan bagi para kakitangan dan pelanggannya.

Cef Bob, duta kepada kedua-dua restoran itu hari ini (11 Feb) berkongsi di laman Facebook: "Selain amalan wajib biasa untuk mencuci tangan sebelum keluar dan masuk dapur serta mengamalkan kebersihan diri dan di dapur, kami kini memeriksa suhu badan kakitangan kami sebelum mereka mula bekerja.

"Sesiapa yang didapati kurang sihat untuk bekerja akan segera dihantar ke doktor syarikat kami untuk dipantau."

SUHU BADAN PELANGGAN TURUT DIPERIKSA

Para pelanggan The Landmark dan Royal Palm di OCC juga akan diperiksa suhu badan mereka sebelum memasuki premis restoran.

(Gambar: Chef Bob/Facebook)

"Bagi pihak kedua-dua restoran, saya mahu memohon maaf dengan seikhlasnya jika kami tidak boleh membawa anda masuk sekiranya anda didapati kurang sihat," jelas Cef Bob dalam catatannya.

Cecair pembasmi kuman atau ‘sanitizers’ juga ditempatkan di kawasan dapur dan di laluan pintu masuk bagi para pelanggan restoran-restoran tersebut.

(Gambar: Chef Bob/Facebook)

Beliau juga menarik perhatian kepada nasihat Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang menggesa rakyat supaya "berani berusaha di tengah-tengah wabak virus korona baru yang kian menular" dan "melalui masa getir ini secara bersama. Tiada alasan untuk panik."

Cef Bob menambah: "Kita perlu berdiri teguh dan berwaspada dalam memerangi wabak ini sebagai satu negara."

Sehubungan itu, restoran daging halal The MeatHouse juga meningkatkan usaha bagi menjaga kebersihan dan keselamatan semua kakitangan dan pelanggannya.

Pemilik restoran itu, Cef Benny Se Teo menjelaskan di laman Facebook: "Kami memberi jaminan kami sudah meningkatkan langkah-langkah pencegahan dan mempergiatkan rutin pembersihan dapur kami.

"Ayuh berwaspada dan amalkan kebersihan bersama-sama."

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan