Skip to main content

Singapura

Restoran Ginger menang dua kategori Halal di Anugerah Bintang Epicurean 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Restoran Ginger menang dua kategori Halal di Anugerah Bintang Epicurean 2025

Cef Eksekutif Ginger, Vincent Aw (kanan) menerima Anugerah Restoran Halal Terbaik di majlis Anugerah Bintang Epicurean 2025. (Gambar: Persatuan Restoran Singapura)

Diterbitkan : 23 Oct 2025 04:13PM Dikemas Kini : 23 Oct 2025 04:15PM

SINGAPURA: Restoran Ginger dinobatkan sebagai Restoran Halal Terbaik dan Bufet Halal Terbaik di Singapura dalam Anugerah Bintang Epicurean 2025.  

Restoran Ginger yang terletak di Hotel Parkroyal di Beach Road itu terkenal dengan bufet pelbagai hidangan antarabangsa serta sajian klasik tempatan Singapura.

“Saya berasa amat berbesar hati menerima anugerah ini. Ia merupakan pengiktirafan terhadap semangat dan minat pasukan saya dalam bidang masakan serta usaha kami untuk menaikkan taraf pengalaman menjamu selera halal,” kata Cef Eksekutif Ginger, Vincent Aw.

Tempat kedua bagi kategori ini dimenangi oleh Mutiara Seafood.

Selain menyediakan hidangan ala carte, restoran itu juga menyediakan menu bufet yang turut menerima pengiktirafan.  

“Kemenangan bagi kedua-dua kategori ini memang di luar jangkaan. Sebenarnya tahun lepas kami mendapat tempat kedua dan tahun ini, kami agak terkejut apabila menang lagi dan kali ini menang dua anugerah pula, memang sangat teruja dan gembira,” katanya.

Tempat kedua dimenangi oleh PERMATA SINGAPORE.

Tahun ini, sebanyak 286 dicalonkan F&B dalam 21 kategori dan diraikan dalam satu majlis pada Rabu (22 Okt).

Anugerah Bintang Epicurean bertujuan bagi menghargai kecemerlangan serta mengiktiraf bakat dan sumbangan individu mahupun organisasi dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Singapura.

Meraikan tiga dekad kecemerlangan dalam dunia kulinari dan inovasi, majlis yang diadakan di Marina Bay Sands itu turut dihadiri oleh Menteri Negara Kanan, Kebudayaan, Masyarakat dan Belia & Perdagangan dan Perusahaan, Low Yen Ling.

Restoran Ginger raih kedua-dua kategori Halal

Antara pemenang tahun ini:
1) Restoran Halal Terbaik: Ginger
 Tempat kedua: PERMATA SINGAPORE


2) Restoran Bufet Halal Terbaik: Ginger
Tempat kedua: Mutiara Seafood By Jumbo Group


3) Kiosk Terbaik: Wok Hey
  Tempat kedua: Origin & Bloom     


4) Restoran Terbaik dari Ladang ke Meja: Restoran Fiz
Tempat kedua: Oumi

Sumber : BERITA Mediacorp/FT/ft
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita