Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Reputasi FAA terjejas akibat penggantungan Boeing 737 MAX

Reputasi Pentadbiran Persekutuan Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) terjejas akibat penggantungan Boeing Co 737 MAX.

Anggaran Waktu Membaca:
Reputasi FAA terjejas akibat penggantungan Boeing 737 MAX

(Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 27 May 2019 12:45PM Dikemas Kini : 27 May 2019 12:51PM

SINGAPURA: Reputasi Pentadbiran Persekutuan Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) terjejas akibat penggantungan Boeing Co 737 MAX. Ini menurut Presiden United Airlines Scott Kirby pada Isnin (27 Mei).

"Jenama FAA tentu sudah terjejas olehnya," katanya di sidang Skift Forum Asia di Singapura.

Bagaimanapun, beliau berkata bahawa sistem kawal selia di Amerika Syarikat dan tempat lain besar kemungkinan akan bangkit lebih kukuh disebabkan oleh pengalaman penggantungan 727 MAX.

Menurut United pada Jumaat, ia melanjutkan pembatalan penerbangan 737 MAX sebulan lagi sehingga 3 Ogos.

Syarikat penerbangan itu, yang mengendalikan 14 pesawat 737 MAX sebelum ia digantung, menyatakan bahawa keputusan itu akan mengakibatkan 40 hingga 45 penerbangan dibatalkan dalam sehari.

United belum mendedahkan kesan kerugian akibat penggantungan 737 MAX, yang menurut Kirby bukan satu kebimbangan buat masa ini.

"Kami mampu mencari kaedah-kaedah lain untuk menangani kesan kewangan dan kami mampu mengekalkan pendapatan kami bagi tahun ini," menurutnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan