Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja tunggang basikal elektrik diberkas kerana cuba elak sekatan jalan raya polis

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai cuba mengelak sekatan jalan raya dan melarikan diri selepas terjatuh dari e-basikalnya telah diberkas oleh pihak polis.

Menurut polis, kejadian itu berlaku pada 25 Mei lalu semasa para pegawai Polis Trafik (TP) sedang menjalankan pemeriksaan di Guillemard Road pada pukul 2.55 pagi.

Remaja tersebut telah diarahkan untuk memberhentikan e-basikalnya kerana dia tidak memakai topi keledar. Dia sebaliknya cuba melarikan diri.

Ketika cuba melarikan diri, remaja itu terlanggar hadangan polis lalu terjatuh daripada basikalnya.

Siasatan polis mendapati remaja itu memiliki rokok seludup yang tidak dibayar cukai.

Basikal elektrik yang ditunggangnya dipercayai telah diubah suai secara haram dan telah dirampas oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Siasatan sedang dijalankan.

Hukuman bagi kesalahan mengelak sekatan jalan raya adalah denda sehingga S$10,000, hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya.

Hukuman bagi kesalahan mengubah basikal berkuasa bateri secara haram adalah denda sehingga S$20,000, hukuman penjara sehingga 24 bulan, atau kedua-duanya bagi pesalah kali pertama.

Bagi kesalahan membeli, menjual, menghantar atau memiliki rokok seludup, pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan, atau dihukum penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan