Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja terlibat nahas maut pegawai LTA di SLE dikenakan tuduhan dadah baharu; dapatkan khidmat peguam

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja terlibat nahas maut pegawai LTA di SLE dikenakan tuduhan dadah baharu; dapatkan khidmat peguam

Seorang pegawai penguatkuasaan LTA terbujur kaku di jalan raya dalam kemalangan pada 4 Jun 2024. (Gambar: Facebook/Singapore roads accident.com)

Diterbitkan : 30 Jul 2024 01:03PM Dikemas Kini : 30 Jul 2024 01:04PM
SINGAPURA: Seorang remaja berusia 18 tahun yang terlibat dalam kes kemalangan motosikal di Ekspreswe Seletar (SLE) yang meragut nyawa seorang pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dikenakan tuduhan dadah baharu pada Selasa (30 Jul).

Remaja itu direman sejak awal Jun berikutan nahas yang meragut nyawa pegawai tersebut. Identitinya tidak boleh didedahkan kerana dia berusia bawah 18 tahun semasa melakukan salah satu daripada kesalahannya.

Pada Selasa, dia dikenakan enam tuduhan baharu. Ini termasuk memilki methamphetamine, ketamin, MDMA, nimetazepam dan peralatan dadah di sebuah flat di 502A Woodlands Drive pada 4 Jun dan kerana mengambil methamphetamine pada hari yang sama.

Remaja itu kini berdepan dengan 13 tuduhan secara keseluruhannya. Tuduhan-tuduhan awal termasuk memiliki pedang Samurai, menunggang motosikal tanpa lesen dan menjual akaun Singpassnya di Telegram.

Dia juga telah mendapatkan khidmat seorang peguam – Encik Foo Ho Chew.

Sebahagian besar kesalahan yang dihadapi remaja itu dilakukan pada 4 Jun.

Dia dikehendaki oleh pihak polis kerana melarikan diri pada Oktober 2023 sebelum dihantar ke pusat pemulihan masyarakat bagi isu berkaitan dadah.

Apabila pegawai LTA Md Zdulfika Ahakasah ternampaknya menunggang motosikal di SLE, beliau mengarahkan remaja itu supaya berhenti tetapi dia mengabaikan arahannya.

Encik Zdulfika mengejarnya, dengan remaja itu sebaliknya dilihat memotong dua lorong dari bahu jalan berhampiran susur keluar Ekspreswe Tampines dan melintasi tanda 'chevron' pembahagi lebuh raya untuk mengelak pegawai itu.

Encik Zdulfika mengalami kemalangan dengan dua lori dan sebuah van dan dibawa ke hospital, di mana beliau meninggal dunia.

Daripada kesalahan-kesalahan itu, hukuman paling berat yang mungkin dihadapinya adalah berkaitan dadah – dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$20,000 atau kedua-duanya kerana memiliki atau mengambil dadah.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan