Remaja terlibat kes kematian pegawai LTA dikenakan tuduhan baharu; mohon ikat jamin
Anggaran Waktu Membaca:
![Remaja terlibat kes kematian pegawai LTA dikenakan tuduhan baharu; mohon ikat jamin Remaja terlibat kes kematian pegawai LTA dikenakan tuduhan baharu; mohon ikat jamin](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--rifjlmNa--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/07/18/lta.png?itok=qXuE6rZ1)
(Gambar: Facebook/Singapore roads accident.com)
SINGAPURA: Remaja berusia 18 tahun yang terlibat dalam kes kemalangan motosikal di Ekspreswe Seletar (SLE) yang meragut nyawa seorang pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah dikenakan tuduhan baharu kerana menjual butiran Singpassnya.
Dengan tuduhan terbaharu itu, yang dikenakan pada Khamis (18 Jul), remaja tersebut kini berdepan dengan tujuh tuduhan secara keseluruhannya.

Menurut tuduhan baharu itu, dia menjual ID pengguna dan kata laluan akaun Singpassnya kepada "orang yang tidak dikenali" di Telegram untuk mendapatkan pinjaman sebanyak S$300 pada pertengahan 2023.
Remaja itu tidak boleh dinamakan kerana dia berusia bawah 18 tahun semasa melakukan salah satu kesalahannya: Mengambil methamphetamine pada Ogos 2023.
Pertuduhannya termasuk kesalahan trafik, dadah dan senjata, lima daripadanya dilakukan pada 4 Jun.
Pada hari itu, dia dipercayai mempunyai pedang Samurai di blok Woodlands dan menunggang motosikal di SLE tanpa lesen atau insurans.
Apabila pegawai LTA Encik Zdulfika Ahakasah mengarahkannya supaya berhenti, remaja itu gagal berbuat demikian. Sebaliknya, dia memotong dua lorong di bahu jalan berhampiran susur keluar Ekspreswe Tampines dan melintasi tanda 'chevron' pembahagi lebuh raya untuk mengelak pegawai itu, menurut kertas pertuduhan.
Semasa mengejar remaja itu, Encik Zdulfika mengalami kemalangan dengan dua lori dan sebuah van dan beliau dibawa ke hospital, di mana beliau meninggal dunia.
Ketika remaja itu pertama kali didakwa atas kejadian tersebut pada Jun, dia berkata: "Saya memperjudikan nyawa saya sama seperti dia mempertaruhkan nyawanya. Kematiannya ... saya mungkin salah satu faktor penyumbang kepada kematiannya, tetapi saya tidak harus dipersalahkan."
Remaja itu tidak diwakili peguam pada Selasa dan hadir di mahkamah dari tempat remannya memakai baju putih, dengan rambutnya dicukur.
Pendakwa raya berkata kes itu belum selesai dan meminta penangguhan selama empat minggu, dengan menyatakan bahawa mereka tidak meminta ikat jamin dalam perbicaraan awal kerana remaja itu telah dberkas melalui warta polis.
Remaja itu gagal melaporkan diri di Biro Narkotik Pusat semasa diikat jamin.
Ditanya sama ada dia faham, remaja itu berkata: "Eh, ya, tetapi saya ingin meminta semakan bagi ikat jamin kerana ibu saya kini bersendirian ... "
Hakim menangguhkan kes sehinggaa Ogos dan menetapkan semakan ikat jamin terhadapnya pada 22 Julai.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.