Skip to main content

Singapura

Remaja teguk air minuman NTUC FairPrice lalu letakkannya semula dalam rak; polis rayu maklumat

Polis pada Isnin (10 Feb) memohon maklumat orang awam berhubung satu video mengenai seorang remaja yang meminum minuman di sebuah pasar raya NTUC FairPrice dan kemudian meletakkannya semula di rak. 

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja teguk air minuman NTUC FairPrice lalu letakkannya semula dalam rak; polis rayu maklumat

(Gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 11 Feb 2020 04:40PM Dikemas Kini : 11 Feb 2020 04:57PM

SINGAPURA: Polis pada Isnin (10 Feb) memohon maklumat orang awam berhubung satu video mengenai seorang remaja yang meminum minuman di sebuah pasar raya NTUC FairPrice dan kemudian meletakkannya semula di rak.

Video itu tersebar di media sosial setelah ia pertama kali dimuatnaikkan ke Instagram Story dan diulang siar di Twitter semalam.

Dalam video tersebut, seorang pemuda berpakaian kemeja-T putih dilihat mengambil minuman dari rak yang didinginkan di pasar raya sebelum meneguk sedikit airnya.

Seorang lagi lelaku, yang merakamkan insiden itu, boleh didengar bertanyakan tentang rasa minuman tersebut. Video itu mempunyai kata-kata "bagaimana untuk menyebarkan Wuhan" pada skrin sebagai sebahagian daripada rakamannya, satu rujukan jelas kepada penularan virus korona baru.

Polis menyatakan: "Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang insiden itu boleh menyerahkannya kepada polis menerusi portal i-Witness. Semua maklumat akan dirahsiakan".

Di laman Facebooknya, NTUC FairPrice menyatakan ia sedia maklum akan apa yang dipanggil sebagai "video senda gurau" yang disebarkan di media sosial.

"Kami juga memahami pembikin video itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berkongsi bahawa mereka sudahpun menurunkan barang-barangan itu daripada rak dan membayarnya," menurut catatan tersebut.

Rangkaian pasar raya tersebut menambah ia memandang "sangat serious" terhadap perkara itu kerana video berkenaan mencetuskan "rasa cemas awam, diburukkan lagi oleh keadaan virus korona sekarang ini".

"Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam tindakan wajar yang perlu diambil bagi kes ini," tulisnya lagi. Ia berharap orang ramai dapat berhenti daripada mengongsikan video itu untuk mengelakkan sebarang kebimbangan awam yang mungkin berpanjangan.

Catatan Twitter itu juga dipadamkan sekitar tiga jam selepas ia dimuatnaikkan. 

Sumber : Agensi berita/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita