Remaja SG luang hampir 8.5 jam sehari guna peranti digital: Tinjauan CNA-IPS
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail pelajar sekolah menengah di Singapura. (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Tinjauan baharu yang dijalankan bersama oleh CNA dan Institut Pengajian Dasar (IPS) menunjukkan bahawa mereka yang berusia antara 13 dan 19 tahun menghabiskan hampir 8.5 jam secara purata setiap hari menggunakan peranti elektronik mereka.
Tinjauan itu, yang meninjau belia serta ibu bapa mereka, mendapati bahawa telefon bijak adalah penyumbang terbesar, dengan hampir 3.5 jam sehari. Komputer dan komputer riba menduduki tempat kedua dengan tiga jam.
Tekanan turut memainkan peranan dalam masa skrin mereka, dengan 58.8 peratus remaja yang ditinjau mengatakan bahawa mereka menggunakan peranti mereka untuk mengatasi tekanan atau emosi negatif.
Kira-kira separuh berkata mereka berlengah-lengah untuk melakukan sesuatu disebabkan oleh masa yang diluangkan untuk skrin mereka.
Audrey Yeap, 17 tahun, biasanya gemar menggunakan pelbagai peranti secara serentak.
“Kadang-kadang saya boleh menggunakan beberapa peranti secara serentak. Jadi mungkin di TV saya boleh menonton Netflix; pada telefon saya, TikTok; dan pada komputer riba saya pula, mungkin video YouTube,” tambahnya.
"Ia memberikan saya adrenalin ... Ia memberikan saya tenaga."
STRATEGI NASIONAL BAHARU
Hasil tinjauan itu diumumkan sedang lebih banyak negara seperti Singapura mengambil langkah-langkah untuk memastikan golongan muda dilindungi daripada masa skrin yang berlebihan.
Strategi nasional baharu untuk menangani kesihatan kanak-kanak telah dilancarkan minggu lalu, membentangkan garis panduan mengenai penggunaan skrin di sekolah dan prasekolah. Ini termasuk tidak menggunakan peranti elektronik semasa makan atau sebelum tidur.
Strategi itu - yang diberi nama Sihat Membesar SG - akan memberi tumpuan kepada kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun, tetapi akan diperluaskan kepada kanak-kanak yang lebih tua kemudian.
Menurut tinjauan CNA-IPS, 62.5 peratus remaja yang ditinjau mendapati sukar untuk mengurangkan masa skrin mereka, manakala jumlah ibu bapa yang sama turut merasakan perkara yang sama.
Sungguhpun demikian, 64 peratus remaja berkata mereka meluangkan masa yang sewajarnya bagi peranti mereka. Sebaliknya, 42 peratus responden ibu bapa berkata anak remaja mereka menghabiskan terlalu banyak masa online.
Kedua-dua remaja dan ibu bapa yang tinggal di kawasan yang lebih mewah berkemungkinan besar menyifatkan masa skrin mereka sebagai berlebihan, menurut tinjauan selanjutnya.
Tinjauan itu dijalankan antara September dan Oktober 2024 dengan 507 remaja dan 1,032 ibu bapa.
KESANNYA
Dengan peningkatan algoritma, para ahli psikologi memberi amaran bahawa maklumat yang banyak ini boleh membawa kesan yang meluas - bukan sahaja terhadap kesejahteraan remaja, tetapi juga untuk perkembangan kognitif mereka.
Hasil penyelidikan juga menunjukkan bahawa masa skrin yang berpanjangan, terutamanya di media sosial, berkait rapat dengan peningkatan perasaan pengasingan dan terputus hubungan.
Dr Natalie Games, ahli psikologi klinikal kanan di Alliance Professional Counselling, berkata otak remaja mengalami perubahan sekitar umur 12 hingga 13 tahun, di mana mereka beralih daripada "berusaha segala-galanya" kepada menjadi "pakar".
"Jika seorang remaja menghabiskan masa sebanyak itu untuk teknologi, di media sosial, maka mereka kehilangan perkara lain yang otak mereka dan kesejahteraan mereka serta pertumbuhan mereka - dari segi sosial, psikologi, mental, emosi - memerlukan untuk melalui peringkat kehidupan ini dengan kemahiran untuk mengurus masa depan mereka,” tambah Dr Games.
Apabila remaja menggunakan beberapa peranti secara serentak, mereka tidak dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada mana-mana satu perkara dan tidak dapat memberi tumpuan, katanya.
Dr Games berkata: “Kami semakin ghairah apabila menatal skrin … Tetapi apa yang berlaku ialah rasa kesepian. Apabila mereka meletakkan (peranti), mereka mengalami perasaan yang sangat kosong, kerana tiada apa yang dicapai.”
Ini adalah kes bagi Audrey, yang berkata dia berasa ghairah semasa menggunakan perantinya, tetapi mula mengalami emosi negatif selepas beberapa ketika.
“Saya boleh menatal semasa menggunakan TikTok selama satu atau dua jam dan kemudian selepas itu, saya berasa agak bersalah. Tidak semua yang anda lihat adalah sahih,” katanya.
“Anda boleh berasa buruk tentang diri anda apabila anda melihat orang tertentu, seperti yang anda kenali, mereka mempunyai segala-gala yang mereka mahukan tetapi tidak begitu bagi anda. Dan saya rasa ia sebenarnya menjejaskan kesihatan mental saya pada tahap tertentu.”
IBU BAPA PERLU MENGEHADKAN MASA SKRIN
Para pakar sebelum ini berkata bahawa ibu bapa harus membimbing dengan menunjukkan contoh yang baik, dengan mengehadkan masa skrin mereka sendiri, dan penggunaan skrin yang sihat memerlukan kerjasama dalam keluarga, sekolah dan institusi jagaan kesihatan.
Kira-kira 62 peratus daripada responden ibu bapa dalam tinjauan itu berkata mereka memberikan contoh kepada anak mereka dalam hal mengehadkan masa skrin, manakala jumlah yang sama menunjukkan bahawa mereka menetapkan had masa skrin untuk diri mereka sendiri.

Sumber : CNA/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.