Remaja SG 16 tahun dikenakan Arahan Sekatan ISA setelah jadi radikal terpengaruh ideologi pelampau haluan kanan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock/Chainarong Prasertthai)
SINGAPURA: Seorang pelajar berusia 16 tahun menjadi rakyat Singapura kedua yang ditangani di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi radikal setelah terpengaruh dengan ideologi-ideologi pelampau berhaluan kanan.
Remaja berbangsa Cina itu mengenal pasti dirinya sebagai anggota ketuanan kulit putih selepas menjadi radikal menerusi wadah online.
Dia dikenakan Arahan Sekatan pada November lalu - bermakna dia tidak boleh meninggalkan Singapura atau mengakses Internet jika tanpa izin.
Selepas terdedah kepada bahan-bahan pelampau online pada 2022, remaja tersebut mula memendam rasa benci yang mendalam terhadap sebilangan kumpulan masyarakat seperti kelompok Afrika-Amerika, Arab dan golongan LGBTQ.
Dia antara lain percaya bahawa kumpulan Afrika-Amerika yang bertanggungjawab ke atas sebilangan besar jenayah di Amerika Syarikat.
Dia juga bertanggapan bahawa para pendatang haram Arab semuanya komited untuk melancarkan serangan ganas ke atas para penduduk kulit putih di negara-negara Barat.
Remaja berkenaan turut mengambil bahagian dalam pelbagai saluran dan kumpulan sembang pelampau berhaluan kanan sehingga teringin direkrut bagi serangan di luar negara.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) menyatakan bahawa remaja terbabit tidak mempunyai rancangan untuk melakukan serangan di Singapura kerana dia merasakan masyarakat di sini tidak menimbulkan sebarang masalah.
Tidak ada juga bukti yang menunjukkan dia cuba mempengaruhi ahli keluarga ataupun rakan-rakan dengan pandangannya itu. Semua kenalan pelajar itu juga tidak mengetahui tentang pemikiran radikalnya.
Remaja berkenaan akan menjalani program pemulihan di mana dia akan menerima kaunseling psikologi.
Para pegawai ISD akan selalu mendampinginya, sedang dua mentor juga sudah ditugaskan untuk membimbing, selain melengkapinya dengan pelbagai kemahiran kesejahteraan siber.
REMAJA RANCANG SERANG 2 MASJID SUDAH DIBEBASKAN
Sementara itu, rakyat Singapura pertama yang ditangani di bawah ISA kerana terpengaruh dengan fahaman pelampau kanan, sudahpun dibebaskan daripada tahanan.
Remaja berusia 19 tahun itu diberikan satu Arahan Penggantungan, yang syarat-syaratnya serupa dengan Arahan Sekatan.
Dia berusia 16 tahun ketika ditahan pada Disember 2020.
Waktu itu, dia mahu menjalankan satu serangan pengganas menggunakan parang di dua masjid di kawasan utara Singapura.
Semasa ditahan, remaja tersebut, seorang Protestan, menjalani proses pemulihan yang menyeluruh. Dia sejak itu menolak ideologi tegar mahupun sebarang bentuk keganasan.
Dia juga tidak lagi memendam rasa benci terhadap golongan Muslim dan memahami pentingnya memelihara keharmonian kaum dan agama di Singapura.
ISD akan terus bekerjasama dengan orang-orang di sekelilingnya demi memudahkan prosesnya kembali ke pangkuan masyarakat.
Mengenai ideologi fahaman pelampau berhaluan kanan, ISD menyatakan bahawa pemikiran tersebut belum berakar di Singapura.
Pun begitu, dua kes yang dilaporkan di sini menjadi satu peringatan bahawa rakyat Singapura tidak terlepas daripada ancaman sebegini dan perlu terus berwaspada.
Ia menambah bahawa retorik pelampau mempromosikan naratif "kita lawan mereka".
Pemerintah Singapura sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap sebagai bentuk ucapan kebencian, tidak kira apa sebab mahupun ideologi yang ditegakkan.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.