Remaja 'sasaran mudah' kumpulan pengganas; ibu bapa digesa pantau kandungan online dilungsuri anak
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Today)
SINGAPURA: Golongan remaja menjadi sasaran kumpulan-kumpulan pelampau dan pengganas kerana mereka lebih mudah terpengaruh sedang mereka mencari jati diri dan hala tuju kehidupan mereka.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata demikian dalam catatannya di Facebook hari ini.
Ini selepas dua remaja rakyat Singapura ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung kegiatan-kegiatan yang bersangkut paut dengan pengganasan.

Dalam catatannya itu, Dr Faishal yang juga Menteri Negara Pembangunan Negara, turut menggesa para ibu bapa dan ahli keluarga supaya memantau kandungan online yang dilungsuri oleh anak-anak mereka dan juga orang-orang tersayang.
Beliau juga menggesa orang ramai supaya terus berwaspada terhadap tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu sudah menjadi radikal.
Sesiapa saja yang mengetahui atau mengesyaki bahawa seseorang itu menjadi radikal hendaklah segera menghubungi hotline Pusat Bertindak Balas Terhadap Pengganasan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di talian 1800-2626-473.

Sumber : BERITA Mediacorp//ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.