Skip to main content

Singapura

Remaja perempuan diarah jalani latihan pemulihan selepas miliki Kpod bagi tujuan pengedaran

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang ditangkap dalam satu operasi Penguasa Sains Kesihatan (HSA) yang menyasarkan para pembekal etomidate diarahkan pada Khamis (7 Mei) untuk menjalani latihan pemulihan selama tempoh minimum 12 bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja perempuan diarah jalani latihan pemulihan selepas miliki Kpod bagi tujuan pengedaran

Papan tanda memberi amaran terhadap kesalahan menghisap vape di luar Mahkamah Negara. (Gambar: CNA/Lydia Lam)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 07 May 2026 10:13PM Dikemas Kini : 07 May 2026 11:01PM
SINGAPURA: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang ditangkap dalam operasi Penguasa Sains Kesihatan (HSA) yang menyasarkan pembekal etomidate diarahkan pada Khamis (7 Mei) untuk menjalani latihan pemulihan selama tempoh minimum 12 bulan.

Tuduhan yang dihadapi termasuk yang melibatkan Kpod - iaitu pod vape yang mengandungi etomidate, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Secara khususnya, tuduhannya itu boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya dua tahun jika disabit sebagai pesalah dewasa.

Hukuman bagi pesalah lelaki termasuk hukuman sebat.

Mulai September 2025, etomidate disenaraikan sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah dan para pesalah yang melakukan kesalahan melibatkan ejen anestetik itu berdepan denda lebih berat.

Remaja yang terlibat dalam kes itu tidak boleh didedahkan namanya di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda kerana dia berusia bawah 18 tahun.

Dia mengaku bersalah atas empat tuduhan, kebanyakannya di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, termasuk memiliki Kpod bagi tujuan pengedaran.

Lagi enam tuduhan diambil kira dalam menentukan hukuman. Ini termasuk tuduhan bagi kesalahan memiliki vape dan mengambil etomidate.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita