Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja perempuan 16 tahun antara 67 suspek diberkas berkait kesalahan dadah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang remaja 16 tahun antara 67 pesalah yang diberkas atas kesalahan berkaitan dadah, dalam satu serbuan oleh oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).

Remaja tersebut merupakan suspek paling muda yang diberkas semasa operasi dijalankan antara 21 hingga 26 April, di Aljunied, Beach Road, Bukit Batok, Bukit Merah dan Corporation Drive.

Remaja perempuan warga Singapura itu sedang disiasat kerana menyalahgunakan dadah, manakala siasatan ke atas suspek lain sedang dijalankan.

Pihak berkuasa merampas kira-kira 572 gram (g) ganja, 227g heroin, 55g 'Ice', 0.5g ketamin, 19 pil Erimin-5, lima pil Ecstasy, tiga botol cecair disyaki mengandungi GHB (gamma-hydroxybutyrate) dan sebotol methadon.

Dadah yang dirampas mempunyai nilai kira-kira S$62,000.

DAUN GANJA DIRAMPAS

Pegawai CNB menyerbu sebuah kediaman berdekatan Bukit Batok West Avenue 4 pada 12 April, di mana mereka memberkas seorang lelaki 50 tahun atas kesalahan mengedar dadah.

Mereka juga menemui kira-kira 133g ganja, 10 pil Erimin-5, tiga pil Ecstasy, sejumlah kecil 'Ice', beberapa peralatan dadah dan wang tunai S$9,081 selepas menggeledah unit tersebut.

Lelaki warga Singapura itu kemudian dibawa ke kereta sewanya, di mana pihak berkuasa menemui 33g heroin dan dua pil Ecstasy.

Dalam satu lagi serbuan berasingan pada 23 April, seorang lelaki warga Singapura 46 tahun diberkas di sebuah kediaman berdekatan Corporation Drive atas kesalahan mengedar dadah.

Pegawai CNB menemui kira-kira 314g ganja, termasuk daun ganja, sejumlah kecil 'Ice' dan beberapa peralatan dadah selepas menggeladah premis tersebut.

"Memiliki mana-mana bahagian pokok ganja adalah satu kesalahan," kata Timbalan Pengarah Dasar dan Pentadibtan CNB, Sng Chern Hong.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, "ganja" bermaksud mana-mana bahagian pokok ganja, atau mana-mana bahagian pokok serupa, tidak kira nama yang diberikan.

Mereka yang didapati bersalah memiliki ganja kurang daripada 330g boleh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, didenda S$20,000 atau kedua-duanya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan