Remaja perempuan 16 tahun antara 112 suspek ditangkap bagi kesalahan dadah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNB)
SINGAPURA: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun merupakan antara 112 suspek pesalah dadah yang ditangkap dalam satu serbuan serata Singapura, kata Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan pada 28 Okt.
Serbuan dijalankan dari 14 hingga 25 Okt lalu di Ang Mo Kio, Bedok, Clementi, Eunos, Jurong dan Tampines.
Pelbaga jenis dadah dirampas, bernilai sekitar S$296,000.
Pada 14 Okt, pegawai CNB menyerbu sebuah unit kediaman di Bedok South Avenue 3 dan menangkap dua warga Singapura – seorang wanita berusia 42 tahun dan seorang lelaki berusia 44 tahun. Para pegawai turut menemui sekitar 1.7kg Ice, 69g heroin dan 17g ganja.
Dua hari kemudian, pegawai menyerbu dua unit kediaman di Eunos Crescent.
Dalam serbuan pertama, mereka memberkas sepasang suami isteri warga Singapura - seorang wanita berusia 37 tahun dan seorang lelaki berusia 55 tahun. Kira-kira 32g Ice, 7g heroin, enam pil Erimin-5 dan beberapa pil Ecstasy ditemui.
Anak pasangan itu, berusia 10 dan 12 tahun, berada di dalam unit semasa serbuan dijalankan dan sejak itu ditempatkan dalam jagaan waris mereka.
Dalam serbuan kedua, pegawai terpaksa memecahkan pintu apabila penghuni unit berkenaan - seorang lelaki berusia 25 tahun dan seorang wanita berusia 31 tahun - enggan membuka pintu. Kedua-dua warga Singapura itu ditangkap dan heroin ditemui dalam unit tersebut.
Siasatan sedang dijalankan ke atas semua suspek yang diberkas.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.