Remaja perempuan 15 tahun antara 71 suspek diberkas dalam serbuan CNB
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang remaja berusia 15 tahun merupakan antara 71 suspek pesalah dadah ditangkap dalam satu operasi antidadah di serata negara.
Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Jumaat (14 Jun) berkata dadah bernilai kira-kira S$115,000 berjaya dirampas dalam serbuan yang dijalankan dari 10 hingga 14 Jun 2024 meliputi kawasan seperti Ang Mo Kio, Bedok, Bukit Batok dan Toa Payoh.
Antara yang dirampas ialah 555 gram (g) dadah 'Ice', 406g heroin, satu gram ganja, 300 pil Erimin-5 dan dua botol cecair disyaki mengandungi GHB (gamma-hydroxybutyrate).
Remaja Menengah Tiga itu, merupakan suspek paling muda yang diberkas dalam operasi tersebut, dan disiasat kerana disyaki mengambiln dadah.
Siasatan ke atas suspek-suspek lain juga sedang dijalankan.
SEKELUARGA DIBERKAS BAGI KESALAHAN DADAH
Pada 12 Jun, pegawai CNB menyerbu sebuah unit kediaman di Bukit Batok Street 32 kerana disyaki menjalankan kegiatan berkaitan dadah.
Seorang lelaki Singapura berusia 41 tahun dan dua wanita 33 dan 44 tahun, yang juga merupakan warga Singapura, diberkas dalam unit berkenaan.
Lelaki tersebut dipercayai suami kepada wanita berusia 33 tahun dan adik kepada wanita berusia 44 tahun tersebut.
Kira-kira 41g Ice dirampas dari bilik tidur lelaki itu manakala 37g Ice ditemui dalam bilik tidur kakaknya.
Sebelum menggeledah unit berkenaan, pegawai CNB telah membawa lelaki terbabit ke tempat buang sampah di tingkat bawah blok itu lalu menemui kira-kira 423g 'Ice' dan 300 pil Erimin-5.
JUMLAH HEROIN YANG BANYAK DIRAMPAS DI BEDOK NORTH

Dalam satu lagi serbuan di Bedok North Avenue 4 pada 13 Jun, seorang wanita rakyat Singapura berusia 44 tahun diberkas.
Kira-kira 400g heroin dan 12g 'Ice' dirampas hasil serbuan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.