Skip to main content

Singapura

Remaja perempuan, 14 tahun, antara 80 suspek pesalah dadah ditangkap

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja perempuan, 14 tahun, antara 80 suspek pesalah dadah ditangkap

Dadah, wang tunai yang dirampas dalam serbuan CNB di Chin Swee Road pada 11 Feb 2025. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 14 Feb 2025 09:23PM Dikemas Kini : 14 Feb 2025 09:24PM
SINGAPURA: Sebanyak 80 pesalah dadah, termasuk seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, ditangkap dalam operasi lima hari di merata Singapura dari 10 hingga 14 Februari.

Sebanyak kira-kira 916g heroin, 426g ice atau methamphetamine, 82g ganja dan 6g ketamin telah dirampas, kata Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan pada Jumaat (14 Feb).

CNB turut merampas 234 pil ecstasy dan 38 pil Erimin-5. Siasatan terhadap kesemua suspek sedang dijalankan.

Dalam salah satu serbuan itu, pegawai CNB menemui kira-kira 453g heroin, 132g ice, 10g ganja dan lima pil Erimin-5 di sebuah unit kediaman berhampiran Chin Swee Road pada 11 Feb.

Seorang lelaki Singapura berusia 61 tahun ditangkap kerana disyaki mengedar dadah.

Wang tunai dalam pelbagai mata wang turut ditemui dari unit yang sama, termasuk S$6,097.30, RM75, 15,000 rupiah dan 20,000 dong Vietnam.

Dalam serbuan berasingan di sebuah blok kediaman di Rivervale Crescent pada 11 Februari, pegawai menemui kira-kira 85g ice, 6g ketamin, 232 pil esctasy, 14 pil Erimin-5 dan wang tunai berjumlah S$1,044.

Seorang lelaki Singapura berusia 39 tahun ditangkap kerana disyaki mengedar dadah.
Tumbuhan dipercayai sebagai daripada kanabis yang dirampas dari unit kediaman di Tampines Central 7 pada 13 Feb 2025. (Gambar: CNB)
Pada 13 Februari, pegawai menyerbu sebuah unit kediaman di Tampines dan menangkap seorang lelaki Singapura berusia 28 tahun selepas menemui peralatan dadah dan bahagian tumbuhan dipercayai daripada pokok ganja.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, adalah satu kesalahan bagi seseorang untuk memiliki mana-mana bahagian pokok ganja.

Seseorang yang didapati bersalah memiliki ganja dengan jumlah kurang daripada 330g boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda S$20,000, atau kedua-duanya sekali.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita