Remaja mengaku bersalah serang rakan sekelas, rusuh & jual pil tidak berdaftar di Geylang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Today
SINGAPURA: Mendakwa dirinya sukar untuk mendapat pekerjaan kerana siasatan polis masih dijalankan, seorang remaja berusia 17 tahun membawa sebuah beg mengandungi lebih 400 unit produk kesihatan yang tidak berlesen untuk dijual di Geylang ketika sedang dalam ikat jamin.
Remaja terbabit mengaku bersalah atas sembilan tuduhan pada Isnin (15 Jul), termasuk tujuh tuduhan menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar, satu tuduhan merusuh dan satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.
Seorang hakim meminta dua laporan untuk menilai kesesuaian remaja itu bagi menjalani probesyen dan latihan pemulihan.
Lagi 16 tuduhan serupa akan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan apabila kesnya dibicarakan di mahkamah pada 2 September.
Remaja terbabit tidak boleh dinamakan kerana berusia bawah 18 tahun apabila melakukan kesalahan dan dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.
JUAL PRODUK KESIHATAN DI GEYLANG
Pada 28 Mac 2024, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) menjalankan operasi di sekitar Lorong 18 Geylang.
Di sana, mereka ternampak remaja tersebut berkelakukan mencurigakan lalu melakukan pemeriksaan fizikal. Polis menemui 21 jenis produk kesihatan yang disyaki berjumlah 477 unit di dalam begnya.
Antara barangan yang dirampas daripada beg tersebut termasuk 160 tablet Epam Nitrazepam, ubat dengan kesan sedatif yang dijualnya pada harga S$6 setiap papan dan beberapa botol tidak berlabel yang mengandungi pelbagai cecair warna, dijual pada harga S$20 setiap satu.
Analisis HSA mendapati sebilangan botol yang tidak dilabel dan diisi cecair warna coklat mengandungi campuran ubat penahan sakit opioid seperti kodeina dan tramadol.
Remaja terbabit telah bekerja bagi seorang lelaki yang tidak dikenali selama lapan hari, dan akan mengambil stok bagi produk dan pil campuran ubat batuk itu melalui seorang individu yang juga tidak dikenali, yang menghantar kepadanya di Lorong 18 Geylang.
Mendapat gaji sebanyak S$100 sehari, dia akan membekalkan stok di pekarangan tersebut dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari selepas diberitahu harga untuk dijual.
Meskipun menyalahi undang-undang, remaja itu mendakwa dia melakukan penjualan itu kerana tidak dapat mencari pekerjaan memandangkan siasatan polis masih dijalankan bagi kesalahan berasingan, yang mana dia dikenakan tag pengawasan elektronik semasa diikat jamin.
Kertas mahkamah bagaimanapun tidak menyatakan apa siasatan polis yang dihadapinya semasa dia melakukan kesalahan tersebut dengan membekalkan produk kesihatan tidak berdaftar di Geylang.
Beberapa bulan sebelum itu, ketika dia berusia 16 tahun, dia turut terlibat dalam perhimpunan haram bersama dua adik-beradiknya berusia 20 tahun dan 18 tahun, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun, seorang lelaki berusia 19 tahun dan seorang wanita berusia 19 tahun yang merupakan rakan kepada kumpulan itu.
Semasa dia berada di Menengah 2 pada Julai 2021 pula, dia telah menyerang seorang rakan lelaki berusia 13 tahun.
Mereka yang didapati membekalkan produk kesihatan tidak berdaftar boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$50,000 atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yang didapati bersalah kerana merusuh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan sebatan rotan.
Mereka yang didapati bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$10,000 atau berdepan kedua-dua hukuman sekali.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.