Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja mengaku bersalah muat naik gambar bawah skirt guru di Tumblr

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Gara-gara berasa marah dengan gurunya kerana tidak lagi menunjukkan perhatian kepadanya seperti dulu, seorang pelajar sanggup memuat naik gambar-gambar bawah skirt guru wanita itu ke laman Tumblr.

Remaja yang kini berusia 17 tahun itu mengaku bersalah pada Jumaat (17 Dis) atas tuduhan menyebar bahan lucah secara elektronik. Dua lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Identiti tertuduh tidak boleh didedahkan kerana dia berusia bawah 18 tahun dan identiti mangsa juga tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh mendapat tahu mengenai rakaman sekurang-kurangnya dua video bawah skirt mangsa sekitar April atau Mei 2019.

Remaja berkenaan meminta dua rakan sekolahnya untuk menghantar petikan skrin video-video tersebut kepadanya.

Selepas menerima petikan skrin tersebut, remaja itu menyunting gambar-gambar berkenaan dan menghasilkan beberapa variasi lain.

Dia memuat naik gambar-gambar itu ke laman Tumblr, bersama dengan beberapa gambar lain mangsa di tempat kerja dan ketika bersama anggota keluarganya. Wajah mangsa jelas terpapar dalam gambar-gambar tersebut.

Menurut remaja berkenaan, dia memuat naik gambar-gambar gurunya itu kerana berasa marah kerana mangsa tidak lagi menunjukkan perhatian kepadanya di peringkat menengah tiga berbanding sewaktu menengah satu dahulu.

GURU TERJUMPA GAMBARNYA ONLINE, BUAT ADUAN POLIS

Mangsa yang membuat aduan polis pada 21 Mei 2019 turut mendedahkan bahawa gambar-gambarnya sudah dimuat naik ke laman-laman pornografi.

Pendakwa menarik perhatian bahawa remaja itu bertindak dengan niat jahat dan gambar-gambar mangsa disebarkan secara meluas dengan mangsa ternampak gambar-gambarnya di laman-laman pornografi yang lain.

Hakim meminta laporan kesesuaian probesen dan memutuskan untuk menangguhkan hukuman sehingga Februari kelak.

Jika didapati bersalah kerana mengedarkan bahan-bahan lucah secara elektronok, remaja tersebut boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, didenda, atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan