Remaja lelaki SG dikenakan Arahan Sekatan atas simulasi serangan ISIS dalam Roblox, Gorebox
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang remaja Singapura berusia 14 tahun, yang menjadi radikal sendiri secara online oleh ideologi pelampau ISIS, dikenakan arahan sekatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada November.
Pelajar Menengah 3 itu berhasrat untuk ke luar negara untuk berjuang bagi kumpulan tersebut dan mati syahid, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Rabu (28 Jan).
Sebagai persediaan, dia memuat naik kandungan pro-ISIS online, termasuk rakaman dari Roblox dan Gorebox, di mana dia melakukan simulasi serangan dan pembunuhan oleh ISIS.
Roblox adalah platform permainan yang dipacu pengguna dengan jutaan permainan yang dicipta sendiri, manakala GoreBox adalah permainan online yang membolehkan pemain bereksperimen dengan senjata dan terkenal dengan keganasan yang grafik.
Walaupun ahli keluarga dan rakan-rakannya menyedari pandangan pelampau dan sokongannya terhadap ISIS, tiada seorang pun daripada mereka yang melaporkannya kepada pihak berkuasa, menurut ISD.
LAKUKAN SIMULASI KEGANASAN DALAM PERMAINAN ONLINE
Belia itu hanya berusia 12 tahun apabila dia pertama kali menemui video online mengenai pertempuran pejuang ISIS dengan askar Amerika di Al-Fallujah, Iraq.
"Selepas menonton video itu, dia mula melihat ISIS sebagai pembela penduduk awam terhadap penindas Amerika dan Iraq.
"Apabila dia mencari lebih banyak maklumat mengenai ISIS, algoritma online menawarkan lebih banyak video berkaitan ISIS di media sosialnya," menurut ISD.
Selepas menemui laman web pro-ISIS melalui media sosial, dia menghabiskan kira-kira sembilan jam sehari menyaksikan kandungan pelampau, tambah agensi itu.

Antara akhir 2023 hingga awal 2024, dia menjadi penyokong tegar ISIS dan matlamatnya untuk menubuhkan khilafah Islam global melalui keganasan.
Dia mengangkat sumpah bai'ah atau ikrar taat setia kepada ISIS pada Jun 2024 dan menganggap dirinya sebagai ahli kumpulan itu, memuat naik kandungan pro-ISIS di akaun media sosialnya untuk menunjukkan sokongannya.
"Ini termasuk video pro-ISIS yang diciptanya menggunakan rakaman dari permainan online di Roblox dan Gorebox," menurut ISD.
"Dalam platform permainan ini, dia telah melakukan simulasi serangan dan pembunuhan oleh ISIS, dan berlakon sebagai pejuang ISIS membunuh 'orang kafir' atau musuh ISIS."
MAHU MATI SYAHID
Walaupun dia merasakan dirinya terlalu muda untuk berjuang dengan ISIS, dia bercita-cita untuk pergi ke Syria, Afghanistan, Afrika, Iraq atau Bali dalam tempoh 10 tahun untuk berjuang bagi kumpulan itu dan mati syahid di medan perang, menurut ISD.
Sebagai persediaan, dia berlatih simulasi pertempuran jarak dekat di rumah selama dua jam sehari dengan senapang mainan AK-47, berlakon sebagai pejuang ISIS yang menyerang Tentera Amerika Syarikat atau Tentera Israel, yang dianggapnya sebagai musuh kumpulan itu.
Dia juga cuba mendapatkan sokongan online untuk ISIS dan menggalakkan orang lain untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
"Atas tujuan ini, dia mencipta akaun media sosial baharu di pelbagai platform, di mana dia akan memuat naik sekurang-kurangnya satu video pro-ISIS yang boleh diakses secara umum setiap hari," menurut ISD.

Beberapa video dicipta menggunakan bahan yang ditemuinya online, termasuk imej pejuang ISIS, rakaman medan perang, dan nasyid atau lagu-lagu jihad.
Pendedahan kepada kandungan ISIS juga memburukkan lagi sifat bermusuhan dalam dirinya terhadap masyarakat lesbian, gay, biseksual, transgender atau queer (LGBTQ).
Dia percaya mereka daripada golongan itu harus dibunuh selepas menemui bahan mengenai tembakan yang diilhamkan ISIS di sebuah kelab malam gay di Orlando, Florida pada Jun 2016.
"Dia pernah terfikir untuk mengambil bahagian dalam serangan terhadap masyarakat LGBTQ di Singapura menggunakan senjata api, sekiranya ia dimulakan oleh orang lain. Walau bagaimanapun, dia tidak meneruskan idea kekerasannya," menurut ISD.
Selain ISIS, belia itu juga menyokong kumpulan Al-Qaeda dan Hamas. Dia mengidolakan individu seperti pemimpin Al-Qaeda yang meninggal dunia, Osama bin Laden, ahli ideologi Anwar al-Awlaki, dan pelaku pengeboman Bali 2002, terutamanya Imam Samudra.
Selepas mengetahui tentang pengeboman Bali daripada dokumentari online pada Februari 2024, dia merangka serangan simulasi yang menyasarkan sebuah kelab malam di Bali menggunakan peta yang dimuat turun online.
Walau bagaimanapun, belia itu tidak mengembangkan lagi idea itu atau membuat sebarang persiapan serangan, kata ISD.
KELUARGA, RAKAN SEDAR TETAPI TIDAK LAPORKAN
Belia tersebut sengaja menyembunyikan kegiatan online dirinya untuk mengelak dikesan, menyedari bahawa sokongannya terhadap ISIS menyalahi undang-undang, menurut ISD.
"Namun demikian, dia berkongsi sokongannya terhadap ISIS dengan ahli keluarganya dan beberapa rakan sekolahnya. Walaupun sebilangan mereka cuba menghalangnya, dia tidak mengendahkan nasihat mereka.
"Tiada seorang pun daripada mereka melaporkannya kepada pihak berkuasa," menurut agensi tersebut.
ISD menyatakan bahawa kebanyakan belia yang disiasat kerana menjadi radikal dalam tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan tanda-tanda amaran awal kepada keluarga dan rakan-rakan, seperti menyatakan sokongan untuk kumpulan pengganas dan keganasan.
Ia menggesa orang ramai supaya mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa lebih awal jika mereka mengesyaki seseorang yang rapat dengan mereka mungkin menjadi radikal.
Kemungkinan tanda-tanda menjadi radikal termasuk mempamerkan simbol kumpulan pelampau dan pengganas, seperti menggunakan bendera ISIS sebagai gambar media sosial; kerap melayari laman web radikal; dan berkongsi pandangan pelampau online dan dengan rakan-rakan serta saudara-mara.
KEMAS KINI MENGENAI KES-KES TERDAHULU
ISD juga mengumumkan pada Rabu pembebasan seorang rakyat Singapura berusia 18 tahun dari tahanan, setelah mengeluarkan arahan penggantungan kepadanya di bawah ISA bulan lalu.
Berusia 15 tahun ketika ditahan pada Disember 2022, dia adalah penyokong Al-Qaeda dan ISIS yang menimbangkan untuk melakukan serangan terhadap masyarakat bukan Islam di Singapura.
Selama tiga tahun dalam tahanan, pemuda itu menjalani pemulihan intensif, termasuk kaunseling agama daripada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan sokongan psikologi daripada ISD untuk menangani kepercayaan pelampaunya.
Dia juga meneruskan pendidikannya semasa ditahan, menduduki peperiksaan GCE Peringkat N(A) dan Peringkat O dan mencapai prestasi dalam 20 peratus teratas kohort sekolahnya.
"Pemuda itu menerima usaha-usaha ini. Dia tidak lagi memegang kepercayaan pelampau atau bersifat bermusuhan terhadap masyarakat bukan Islam, dan telah menolak penggunaan keganasan," menurut ISD.
Sementara itu, arahan sekatan untuk tiga rakyat Singapura dibenarkan tamat tempoh apabila selesai, kerana mereka menunjukkan kemajuan yang baik dalam pemulihan dan tidak lagi memerlukan pengawasan rapat, tambah ISD.
Ketiga-tiga mereka ialah: Maksham Mohd Shah, 44 tahun, yang merancang untuk terlibat dalam keganasan bersenjata di luar negara dan ditahan pada Disember 2007; Mohamed Khalim Jaffar, 63 tahun, bekas ahli Jemaah Islamiyah yang ditahan pada Januari 2002; dan seorang rakyat Singapura yang menjadi radikal sendiri dan ditahan pada usia 17 tahun pada Januari 2020.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.