Remaja lelaki dibawa ke hospital susuli pergaduhan di Serangoon; lagi 8 remaja bantu siasatan polis
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar tangkapan skrin menunjukkan mangsa (yang berpakaian hitam) dipukul. (Tangkapan skrin: Twitter/@pacik_kentang)
SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar. Ini menyusuli pergaduhan yang berlaku di sudut senaman di Serangoon.
Polis menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar 4.15 petang pada 15 Januari selepas pergaduhan tercetus berdekatan dengan Blok 201 Serangoon Central.
Lapan lagi remaja, berusia antara 11 hingga 14 tahun, sedang membantu siasatan polis dalam kes rusuhan itu.
Dalam rakaman video selama kira-kira seminit yang dimuat naik ke laman media sosial, seorang budak lelaki kelihatan sedang duduk di sebuah mesin senaman sebelum dia ditendang pada bahagian mukanya.
Dua remaja lain turut menendang mangsa sehingga dia terjatuh ke lantai sebelum ketiga-tiga mereka terus-menerus menumbuk dan menendang mangsa secara bertubi-tubi.
Mangsa yang diserang dilihat sedang cuba melindungi dirinya menggunakan tangannya sambil menjerit meminta bantuan.
Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.