Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja lelaki 15 tahun diberkas disyaki lakukan rompakan bersenjata di kedai runcit Tampines

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja lelaki 15 tahun diberkas disyaki lakukan rompakan bersenjata di kedai runcit Tampines

Gambar: Pasukan Polis Singapura

SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun diberkas kerana disyaki merompak sebuah kedai runcit, dengan bersenjatakan sebilah pisau.

Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (19 Sep) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai satu kes rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di Tampines Central 8 pada Isnin sekitar pukul 5.30 pagi.

Remaja tersebut disyaki merompak mangsa dengan menggunakan sebilah pisau dan menuntut agar mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah S$827 dan rokok bernilai S$181.20.

Berdasarkan tinjauan di tempat kejadian dan bantuan kamera polis serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pegawai berjaya mengenal pasti identiti remaja itu dan dia diberkas dalam tempoh 10 jam selepas aduan itu dibuat.

Rokok yang dicuri dan wang tunai berjumlah S$30 kemudiannya ditemui, menurut polis.

Remaja terbabit akan didakwa di mahkamah pada Rabu (20 Sep) atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata. Jika didapati bersalah, dia akan dijatuhi hukuman penjara antara tiga hingga 14 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan rotan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan