Remaja dituduh bunuh pelajar RVHS akan mengaku bersalah pada Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang remaja yang dituduh membunuh seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) akan mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi pada Ogos.
Remaja itu, yang kini berusia 18 tahun, berdepan dengan satu tuduhan membunuh tanpa niat yang tidak membawa kepada pembunuhan.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara seumur hidup dengan sebatan rotan, atau hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan rotan.
Setelah perbicaraan di sebuah mahkamah daerah pada Khamis (6 Apr), seorang hakim daerah memindahkan kes tersebut kepada Mahkamah Tinggi, di mana dia akan membuat pengakuan bersalahnya.
Mahkamah diberitahu bahawa remaja tersebut memaklumkan pihak pendakwaan mengenai hasratnya untuk mengaku bersalah semasa persidangan kes pada 21 Mac.
Remaja tersebut berusia 16 tahun ketika dia didakwa mengelar kepala, leher dan tubuh mangsa dengan sebilah kapak berukuran 50 sentimenter panjang dan 22 sentimenter lebar antara jam 11.16 pagi dengan 11.44 pagi pada 19 Julai 2021.
Polis menemui mangsa terbujur kaku di sebuah tandas di sekolah tersebut. Siasatan awal ketika itu mendedahkan bahawa tertuduh dan mangsa tidak mengenali satu sama lain.
Remaja itu pada asalnya dikenakan tuduhan membunuh. Ia dipindakan pada Februari lalu setelah dia dinilai oleh doktor-doktor Institut Kesihatan Mental (IMH) sebagai mengalami kemurungan klinikal ketika insiden itu berlaku, menurut Jabatan Peguam Negara sebelum ini.
Berdasarkan perbicaraan mahkamah lalu, remaja tersebut sebelum ini seorang pesakit di IMH, termasuk setelah satu percubaan untuk membunuh diri ketika dia berusia 14 tahun.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.