Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja dituduh bunuh bapanya di Yishun direman bagi penilaian psikiatri

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang remaja yang dituduh membunuh bapanya di Yishun akan ditahan reman bagi menjalani penilaian psikiatri selama tiga minggu, menurut mahkamah pada Rabu (19 Okt).
 
Sylesnar Seah Jie Kai, 19 tahun, dihadapkan ke mahkamah menerusi pautan video.

Menurut pihak pendakwa, polis sudahpun mengemas kini siasatan awal yang dijalankan bagi kes berkenaan. Fasa seterusnya adalah untuk Seah ditahan reman bagi menjalani penilaian psikiatri.

Peguam bela, Joyce Khoo dari Quahe Woo & Palmer, yang mewakili remaja itu, mengatakan bahawa beliau tidak tidak mempunyai bantahan terhadap penilaian psikiatri itu.

Hakim meluluskan permohonan tersebut dan mengarahkan Seah ditahan reman selama tiga minggu.

Seah didakwa di mahkamah pada Rabu (12 Okt) atas tuduhan membunuh bapanya, Eddie Seah Wee Teck, 47 tahun, antara tingkat empat dan lima Blok 653, Yishun Avenue 4 pada 10 Oktober.

Kertas pertuduhan tidak menunjukkan bagaimana kematian Eddie Seah disebabkan.
Kes Seah akan didengar lagi pada 9 November.

Jika didapati bersalah atas tuduhan membunuh, remaja itu boleh dijatuhi hukuman mati.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan